Beri Nama Haiwan Kepada Anak, Ini Penjelasan Baim Wong

Pelakon terkenal dari negara seberang iaitu Baim Wong baru sahaja menjadi seorang bapa tiga hari lalu.

Isterinya iaitu Paula Verhoeven selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram pada 27 Disember lalu.

View this post on Instagram

9 bulan mengandung Kiano .. . #kianotigerwong

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Namun, nama yang diberikan kepada anaknya itu pula menimbulkan tanda tanya orang ramai kerana mempunyai nama haiwan.

Pasangan itu sudah pun menciptakan sebuah akaun Instagram khas sempena kelahiran cahaya mata sulung pasangan tersebut iaitu Kiano Tiger Wong.

Menurut laporan Pop Mama, Baim menjelaskan maksud di sebalik nama anaknya dan mengapa kanak-kanak itu diberi nama haiwan.

Baim berkata, “Tiger itu orang kata nama haiwan tetapi nama itu membawa maksud yang besar untuk saya.”

Tambahnya, “Tiger bermaksud pemimpin kepada semua haiwan. Saya mengambil maksudnya sebagai pemimpin yang bijaksana kerana saya mahu dia menjadi pemimpin sebenar seperti gabenor atau presiden.”

Sekiranya Tiger ialah pemimpin yang bijaksana, Kiano pula membawa maksud beruntung dan cerdas.

Pelakon itu menjelaskan, “Kiano itu membawa maksud orang yang cerdas, sabar dan juga pasti ada faktor beruntung. Apa yang penting nama anak saya semuanya membawa maksud yang baik.”

View this post on Instagram

Mirip GUA YAAAHHH !!!!! . #TigerWongLahiran

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Dalam pada itu, Baim muncul dalam sebuah drama Melayu pada Mei lalu iaitu Bukan Cinta Aku sebagai Arjuna yang menyaksikannya bergandingan dengan Janna Nick.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai kisah di sebalik sebuah nama itu, anda boleh klik pautan di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca