Beri Alasan Mahu Ziarah Bapa Sakit Diabetes, Lelaki Ini Dikenakan Kompaun RM1,000 Akibat Rentas Negeri

Tindakan seorang lelaki yang melanggar larangan rentas negeri berbekalkan alasan mahu menziarahi bapanya yang didakwa menghidap penyakit kencing manis di kampung akhirnya mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Alor Setar, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Yan iaitu Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar, pada jam 10.30 malam Rabu, anggota yang menjalankan tugas Ops COVID-19 telah diarahkan ke sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kota Sarang Semut dekat Yan kerana disyaki berlaku aktiviti rentas sempadan negeri tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Hasil siasatan mendapati lelaki yang berumur 37 tahun itu telah pulang ke kampung, kononnya untuk melawat bapanya yang menghidap penyakit kencing manis sejak empat hari lepas dari alamat semasa tempat dia bekerja iaitu di Melaka.

Lelaki berkenaan juga gagal untuk menunjukkan sebarang dokumen atau surat sokongan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta alasan munasabah untuk merentas sempadan negeri,” kata Shahnaz Akhtar seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Tambah Shahnaz Akhtar, lelaki berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut dan dia turut mengakui mengakui tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran bertulis untuk melakukan rentas sempadan negeri.

“Lelaki berkenaan telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kes ini disiasat mengikut Peraturan 6(3) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” kata Shahnaz Akhtar.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca