Beri Alasan Hendak Memancing Dan Hantar Kucing, Antara Alasan Orang Awam Berikan Untuk Rentas Negeri Semasa Tempoh PKPB

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dikuatkuasakan minggu lepas, pelbagai alasan yang telah diberikan oleh orang awam untuk membuat permohonan rentas negeri. Antaranya adalah hendak memancing dan ingin menghantar kucing di luar daerah.

Menurut ketua polis daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, sejak 5 Oktober lalu pihaknya menerima 990 permohonan untuk rentas negeri.

Katanya, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya terpaksa ditolak kerana memberi alasan tidak munasabah.

“Selain itu ada juga di antara mereka yang memohon untuk rentas daerah kerana mahu berjumpa rakan dan bersukan di kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil berkata sejak pelaksanaan PKPB di Putrajaya yang bermula 14 Oktober lalu, pihaknya sudah membuat 21 tangkapan serta mengeluarkan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, membawa lebih penumpang, tidak mendaftar sebelum memasuki premis dan tidak menyediakan alat pengimbas suhu di premis.

“Selepas pelaksanaan PKPB di Putrajaya, kita ambil dua hari sebagai tempoh untuk memberi nasihat kepada masyarakat. Kini individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan terus dikenakan tindakan,” katanya.

Kini, individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan terus dikenakan tindakan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca