“Berhenti Panggil Dia Bodoh,” Tetap Bela Safawi Rasid, Kini Giliran Syifa Melvin Pula Mengamuk Di Instagram

Semalam, rata-rata warganet bercakap mengenai isu melibatkan Safawi Rasid dan adik kepada pelakon terkenal tanah air, Syifa Melvin di mana prestasi pemain bintang pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dikatakan menurun gara-gara gadis berkenaan. Lebih menguatkan lagi dakwaan itu adalah apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut memuat naik beberapa Instagram Stories berkaitan hal tersebut di laman Instagram beliau.

Adik kepada Syatilla Melvin itu didakwa mendesak pemain kelahiran Terengganu itu untuk berkahwin dengannya sehingga perkara tersebut mengganggu emosi Safawi. Disebabkan itu, pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) musim lalu dikatakan hilang fokus dalam perlawanan dan menyebabkan dia gagal untuk memberi prestasi terbaik ketika menentang pasukan lawan. Syifa bagaimanapun menafikan dirinya menjadi punca prestasi pemain berusia 23 tahun itu merudum.

Tinjauan kami di media sosial mendapati rata-rata menuding jari terhadap Syifa dalam hal ini. Meskipun dihentam teruk oleh warganet, Syifa yang juga merupakan seorang model itu tetap membela kekasih hatinya menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.

Syifa yang berusia 26 tahun itu meminta orang ramai supaya berhenti melabelkan Safawi sebagai seorang lelaki bodoh hanya kerana isu ini. Menurutnya, masing-masing tidak tahu tentang cerita sebenar. Dalam hantaran yang sama, Syifa turut menegaskan bahawa tangkap layar yang dimuat naik oleh TMJ di laman Instagram beliau merupakan perbualan lama.

Tambah Syifa lagi, dia memilih untuk berpihak kepada Safawi kerana dia kenal hati budi pemain berbakat besar itu. Gadis kelahiran Perak itu turut meminta orang ramai supaya berhenti bercakap mengenai hadiah mewah yang diterimanya daripada Safawi seperti iPhone Pro Max dan barangan Louis Vuitton.

Akhir sekali, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin merayu agar orang ramai tidak membesarkan lagi perihal ini, lebih-lebih hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Safawi.

Apa-apa pun, kami doakan agar Safawi dan Syifa diberikan kekuatan terutamanya dalam menghadapi tohmahan warganet. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga Safawi kembali fokus dan memberikan komitmen yang terbaik untuk pasukan JDT dan juga pasukan kebangsaan.

Untuk baca artikel lain berkenaan isu Safawi Rasid dan Syifa Melvin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca