Berhenti Mengaku OCD Hanya Kerana Anda Menyukai Sesuatu Yang Rapi

Ramai yang mengaku dirinya menderita OCD hanya karena suka akan kerapian dan kebersihan. Tanpa mereka fahami maksud sebenar OCD itu. Di sini kami ingin kongsikan maksud dan ciri-ciri OCD.

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) ialah sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang dengan tujuan untuk mengurangkannya.

Ciri-ciri OCD

1. Seseorang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.

2. Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.

3. Melakukan sesuatu perkara berulang-ulang dan mengelak untuk berjabat tangan, memegang tombol pintu, butang lif atau meja makan.

4. Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini akan cepat marah dan mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Individu yang menghidap OCD ini akan sering berasa:

1. Kemurungan

2. Sedih

3. Kurang selesa

4. Cepat letih

5. Berat badan menurun

6. Cepat marah

Bagi merawat penyakit OCD ini, doktor akan memberikan ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan pesakit. Ubat-ubatan ini juga berpotensi menghapuskan fikiran obsesional pesakit.

Adakalanya pesakit terpaksa mengamalkan ubat-ubatan ini dalam tempoh yang agak lama seperti dua hingga tiga tahun bergantung kepada tindakbalas.

Cara rawatan yang kedua adalah menerusi pendekatan psikologi yang merangkumi psikoterapi kognitif dan psikoterapi tingkahlaku:-

1. Psikoterapi kognitif – pesakit akan dibantu mengatasi masalah ini melalui cadangan dan perbincangan berdasarkan pemikiran yang rasional.

2. Psikoterapi tingkah laku – tetapi ini lebih bercorak kepada pendedahan dan tindakan pencegahan yang berperingkat-peringkat.

Jika anda mengalami ciri-ciri seperti di atas seeloknya anda cepat-cepat mendapatkan nasihat doktor dan berusahalah untuk cuba melawan perasaan ragu-ragu dalam diri anda.

Sumber: Malaysian Mental Health Association

Artikel Lain Untuk Di Baca