Berhati-hati Dengan Taktik Penipuan Ini Semasa Anda Sedang Bercuti!

Tidak kiralah anda seorang backpacker atau pasangan berbulan madu yang sedang bercuti di luar negara, anda kebiasaannya adalah sasaran utama untuk taktik-taktik penipuan ataupun ‘scams’.

Cubalah tanya rakan atau ahli keluarga anda yang pernah bercuti ke luar negara. Mereka pasti pernah berdepan dengan ‘scammers’ yang cuba memperdaya mereka.

Kita mungkin tidak dapat menjangkakan tempat dan waktu kita mungkin akan dipergunakan, tetapi terdapat beberapa jenis yang sudah terlalu common.

Berikut merupakan beberapa jenis scams yang anda patut ingat untuk percutian anda yang berikutnya.

 

#1. ‘Gelang Persahabatan’ Percuma

Ini adalah salah satu cara klasik yang banyak digunakan di bandar-bandar besar Eropah, terutamanya di sekitar kawasan tarikan pelancong. Kebiasaannya para scammmers akan mensasarkan pelancong wanita berbanding lelaki.

Begini – Seorang individu yang beriak wajah ceria akan mendekati anda dan berhasrat untuk mengikat sebuah gelang ‘percuma’ di pergelangan tangan anda.

Apabila gelang tersebut sudah berada di pergelangan tangan anda, individu tersebut akan meminta bayaran dengan serta-merta dan mereka akan tanpa segan silu akan membuat kecoh jika anda enggan membuat bayaran. Eh, tadi kata free?!

Foto: Student Ramblings

Kadangkala, mereka ini akan konon-kononnya melakukan satu trik silap mata di hadapan anda yang akhirnya akan berkesudahan dengan sebuah gelang muncul di pergelangan tangan anda secara tiba-tiba. Duh.

Jadi, elakkan diri anda daripada berjalan di hadapan atau berdekatan dengan individu-individu yang berkemungkinan besar akan melakukan taktik ini kepada anda. Sentiasa letakkan tangan anda di dalam poket atau sorokkan tangan anda daripada pandangan mereka.

 

#2. “This Jewellery Is Yours!” Scam

Ya. Ini juga adalah di antara taktik biasa yang digunakan oleh para scammers, terutamanya yang terlebih power.

Tiba-tiba, anda akan dihampiri oleh seseorang yang menunjukkan sebentuk cincin (atau barang kemas lain) berada di atas tanah atau lantai. Individu ini kemudiannya akan mengutip barang kemas tersebut dan seterusnya akan cuba terus meyakinkan anda bahawa barang kemas tersebut adalah kepunyaan anda.

Mereka akan cuba sehabis baik untuk meyakinkan anda tentang perihal pemilikan barang kemas tersebut dengan anda. Sebab apa? Hah, sebab mereka ni nak mintak reward lah. Kononnya merekalah yang menjumpai barang tersebut. Penyelamat konon.

Kalau anda jumpa orang-orang yang macam ni, jangan layan. Blah je terus.

 

#3. Kerosakan Pada Jet Ski Sewaan

Anda pernah pergi bercuti dan pergi ke pantai? Jika ya, anda pasti sudah biasa dengan kenormalan untuk meninggalkan pasport di kaunter sewaan jet ski atau apa-apa jenis kenderaan yang lain sebagai deposit.

This is all well and good, sampailah saat anda mahu memulangkan kembali kenderaan yang anda sewa itu – pihak yang terlibat mengatakan bahawa anda telah melakukan kerosakan yang serius kepada jet ski atau motorsikal tersebut.

Jika anda enggan untuk membuat sebarang bayaran ganti rugi, mereka akan membawa anda ke ATM yang berdekatan.

Sebelum anda membuat sebarang bentuk sewaan, pastikan anda mencatat jika terdapat sebarang kerosakan yang terdapat pada kenderaan tersebut, walaupun sekecil duit syiling lima sen!

 

#4.  Si Tukang Pengilat Kasut

Jika anda berada di Istanbul, pastikan anda peka dengan senario sebegini – seorang tukang pengilat kasut akan  berjalan melintasi anda dan anda akan perasan berus kasut yang dibawanya terjatuh.

Sebagai seorang manusia yang berbudi bahasa dan bertimbang rasa, anda pun memberikan kembali berus kasut yang telah ‘terjatuh’ tadi kepada si tukang pengilat kasut dan sebagai tanda terima kasih, si tukang pengilat kasut tadi akan terus membersihkan kasut anda.

Perlakuan ini memang nampak baik dan menyentuh perasaan (mungkin), tetapi hakikatnya mereka akan mengenakan bayaran yang sangat tinggi kepada anda sebagai upah membersihkan kasut. Kalau anda menolak nanti, anda akan dikepung oleh komuniti para pengilat kasut di sana. Yelah, dia bawak geng okay.

Bagaimana mahu terlepas? Mudah sahaja: Satu, abaikan berus yang terjatuh tersebut (pandai-pandailah dia ambik balik sendiri!) dan dua, pakai selipar.

 

#5. Najis Burung 

“Apebende ni?” Hah, meh nak cerita sikit. Ini adalah satu cara yang common juga.

Anda harus lebih berhati-hati dan peka terhadap taktik ini apabila anda berada di bandar-bandar besar dan sibuk.

Taktik: Anda akan diberitahu bahawa terdapat najis burung atau lumpur pada kasut atau stokin yang anda pakai. Mereka ini kemudiannya akan menawarkan untuk membantu membersihkan kekotoran tersebut dengan memberikan tisu kepada anda.

Nampak macam sweet je kan?

Tapi nanti sedang anda dan individu tersebut tunduk untuk membersihkan ‘kekotoran’ yang diperkatakan, akan ada tangan licik yang cuba untuk menyeluk ke dalam poket dan beg anda.

Memanglah nampak macam baik hati tapi lain kali, anda tolak je bantuan individu tersebut dengan cara yang elok.

 

Ingat pesan-pesan ni semua, ya? Jangan mudah terpedaya.

 

Sumber: The Discoverer Blog

Artikel Lain Untuk Di Baca