Berhati-hati Dengan Taktik Penipuan Ini Semasa Anda Sedang Bercuti! (Part 2)

Memandangkan taktik-taktik penipuan oleh ‘scammers’ dalam artikel sebelum ini agak tidak mencukupi dan penulis merasakan bahawa perkara-perkara sebegini harus dikongsikan secara meluas lagi – Nah, Part 2 untuk anda.

Di artikel sebelum ini, penulis dah kongsi lima jenis taktik yang biasa digunakan. Jadi dalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa lagi taktik.

 

#6. Over-Friendly And Flirtatious Strangers

Macam taktik-taktik sebelum ini, ia mesti melibatkan strangers atau orang yang tidak dikenali. Yelah, dah nama pun melancong ke luar negara.

Untuk taktik yang ini, hmm macam mana nak explain eh? Senang cakap macam ni lah – anda akan didekati atau didampingi oleh strangers, to be precise – female strangers. Jadi, mereka-mereka ini kebiasaannya bersifat terlebih mesra dan flirtatious, atau dalam bahasa biasanya, menggatal. Hah, macam tulah.

Pelancong lelakilah yang biasanya terkena dengan taktik ini. Taktik ini biasanya berlaku semasa anda di bar atau lounge. Pada awalnya, dia akan menemani anda untuk minum. Apabila anda sedar daripada mabuk nanti, dah hilang dah.

Si gadis dah tak nampak bayang dah. Yang nampak selepas itu hanyalah jumlah bil yang banyak. Nah, dah pesan dah. Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.

 

#7. Teksi

Pemandu-pemandu teksi yang tidak jujur seperti ini bersepah di luar negara. Mereka akan berada di semua kawasan tumpuan.

Taktik-taktik common mereka ini adalah:

1. Pemandu teksi akan memaklumkan kepada anda tentang kerosakan meter teksi semasa anda dalam perjalanan meninggalkan lapangan terbang atau terminal bas. Selepas itu? Ya, pandai. Mereka akan mengenakan tambang ikut suka hati dia saja. Sampai satu tahap, harga tambang yang dikenakan memang tidak masuk akal!

2. Pemandu teksi akan berpura-pura sesat semasa anda sedang dalam perjalanan ke destinasi yang dituju untuk meter terus bergerak beberapa batu lagi. Jadi, anda terpaksa bayar lebih daripada jumlah yang sepatutnya.

3. Ini paling ekstrem – kadangkala pemandu-pemandu seperti ini akan terus memecut dengan bagasi anda. Ya, bagasi. Bukan dengan anda sebagai penumpang.

4. Ini pula taktik kegemaran pemandu-pemandu teksi di Amerika Selatan – apabila anda meminta wang anda dikembalikan, si pemandu akan memberikan anda bil palsu. Jadi, anda akan membayar tambang dua kali ganda daripada harga asal.

Untuk mengelakkan daripada ditipu, cuba untuk tawar-menawar mengenai harga tambang sebelum anda menaiki terksi tersebut. Buat tempahan awal melalui internet atau sebarang aplikasi, jika boleh.

 

#8. Hotel Ditutup Atau/Dan Sudah Penuh Dengan Tempahan (Overbooked)

Ya, anda akan berjumpa lagi dengan pemandu teksi!

Apabila anda sedang dalam perjalanan ke tempat penginapan anda, si pemandu akan mencuba sehabis baik untuk meyakinkan anda bahawa tempat penginapan anda tidak lagi beroperasi atau tidak wujud atau sudah penuh.

Jika anda termakan dengan kata-kata mereka itu, mereka akan membawa anda ke tempat penginapan yang lain yang kebiasaannya adalah lebih mahal dan dimiliki oleh kawan atau kenalan mereka. Support member kononnya.

Seperti biasa, buat panggilan telefon ke hotel yang anda telah membuat tempahan sebelum ketibaan anda untuk membuat pengesahan.

Tapi bila difikir semula, bagaimana seorang pemandu teksi boleh mengetahui jika satu-satu hotel atau tempat penginapan itu telah penuh dengan tempahan atau tidak?

 

Sekali lagi pesanan penulis – jangan mudah terpedaya ya? Ikut saja kata hati anda.

 

Sumber: The Discoverer Blog

Artikel Lain Untuk Di Baca