Berharga RM161,557, Najis Manusia Paling Mahal Di Dunia Ini Siap Dilengkapi Dengan Insurans

Siapa sahaja yang mahukan najis manusia? Bagi secara percuma pun tiada siapa yang mahu, inikan pula dijual dengan harga yang mahal.

Mesti ramai yang tak percaya sekiranya dikatakan ada najis manusia yang berharga. Takkan najis itu bersalutkan emas sehingga dilabel sebagai berharga?

Satu penemuan yang dikatakan sangat berharga telah ditemui di tapak Bank Lioyds, Kota York, United Kingdom pada tahun 1972.

Satu fosil yang tidak dikenali telah ditemui oleh sekumpulan pekerja ketika melakukan kerja-kerja penggalian di tapak tersebut. Ia kemudiannya dibawa kepada pakar arkeologi dan mereka mengesahkan bahawa fosil itu merupakan najis daripada lelaki Viking yang dipercayai berusia sekitar 1,300 tahun yang lalu.

Anehnya, bentuk serta struktur najis berkenaan masih utuh. Malah, ia berada dalam keadaan yang baik seolah-olah baru sahaja ‘dibuang’.

Najis itu dikatakan berukuran 20cm panjang dan 5cm lebar. Bukan main besar lagi!

Menurut pakar paleoscatologi (bidang ilmu mengkaji kotoran dan najis), mereka masih mampu mengesan kandungan makanan daripada fosil najis berkenaan yang terdiri daripada bahan buangan termasuklah roti dan daging.

Pada masa yang sama, mereka juga percaya bahawa tuan empunya najis itu mengalami masalah penghadaman. Hal ini demikian kerana telur Whipworm dan Maw-worm turut ditemui dalam kandungan najis berkenaan.

Menurut ahli sejarah, mereka percaya sekitar tahun 866M sehingga 954M, kawasan tapak di mana najis itu ditemui didiami oleh bangsa Viking dari tanah Denmark sebagai penempatan.

Pelik tapi benar, najis berkenaan dikhabarkan berharga $39,000 (RM161,557) selain ia turut lengkap dilindungi insurans. Bukan biasa-biasa najis ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca