Berhadapan Dakwaan Gangguan Seksual, Ebit Lew Dipanggil Memberi Keterangan

Polis telah merekodkan keterangan daripada pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew, yang lebih dikenali sebagai Ebit Lew, untuk membantu siasatan mengenai dakwaan gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kenyataan Ebit Lew dirakam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Khamis (19 Ogos).

“Kami merakam kenyataannya untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.”

Datuk Seri Abd Jalil Hassan mendesak semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut kerana boleh membahayakan siasatan.

Menurut Ebit Lew, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pagi tadi adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.

“Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana.”

“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya kepada media sejurus keluar dari Bukit Aman, pada jam 2 petang tadi.

Tambah Ebit Lew, polis merakam kenyataannya selama lebih dari satu jam dan dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

Peguam beliau, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata setakat ini, polis mengatakan Ebit Lew tidak perlu dipanggil lagi berkaitan dengan kes ini.

Untuk baca artikel-artikel lain mengenai Ebit Lew, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca