Bergurau Tak Kena Gaya, Doktor Ini Dianggap Tidak Sensitif

Di sebalik usaha orang ramai yang bekerja keras untuk membendung penularan COVID-19, Dr. Rafidah Abdullah menjadi bualan ramai selepas beliau ‘bergurau’ tentang pemergian pesakit COVID-19.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter memuat naik satu ciapan yang berkata katil Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir penuh dengan pesakit COVID-19.

Sumber: Instagram @rafidah72

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah jawapan Dr. Rafidah terhadap ciapan berkenaan, “Itu 98 dikosongkan.” Orang ramai menganggap tindakan doktor itu memuat naik ciapan berkenaan sekali dengan emoji itu sebagai kurang sensitif kepada ahli keluarga pesakit yang menghembuskan nafas terakhir kerana COVID-19.

Sumber: Twitter @rafidah72

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata warganet termasuk bekas penyanyi rap Altimet memaklumkan kepada doktor berkenaan untuk tidak membuat jenaka berkaitan pemergian orang lain atau lawak sarkastik:

Selain itu, ada juga yang berkongsi kesedihan terpaksa diharungi ahli keluarga mangsa ketika doktor ini membuat jenaka terhadap pesakit COVID-19 yang meninggal dunia:

Dengan pandemik COVID-19 yang masih belum menemui titik noktah, ramai orang sedang berada dalam fasa yang sukar pada waktu ini untuk mencari sesuap nasi ataupun memastikan kesihatan diri dan keluarga sentiasa terjaga.

Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk tidak berkongsi apa-apa kenyataan yang akan mampu mengundang sensitiviti orang ramai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca