Bergambar Dengan Bintang Filem Ant-Man, Warganet Teruja Tunggu Video Baru Sofyank

Siapa sahaja tidak mengenali Sofyank. Lelaki yang terkenal di media sosial yang sering menghasilkan video kesan khas dan magik. Setiap kemahiran menyunting video yang dilakukan Sofyank telah beberapa kali mendapt perhatian di peringkat antarabangsa.

Sumber: mStar

Terkini, Sofyank telah bertemu barisan bintang Ant-Man untuk melakukan proses rakaman video terbaharunya yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Dalam gambar dan video yang dimuatnaik sendiri oleh Sofyank di Instagram, kelihatan beliau saling bergambar dengan bintang utama filem adi wira itu, Paul Rudd.

Video yang dimuatnaik Sofyank itu telah mendapat setengah juta tontonan dan lebih 60 ribu sukaan. Manakala gambar beliau bersama pelakon itu meraih 44 ribu sukaan.

Pastinya netizen yang turut tumpang bangga dengan pencapaian Sofyank tidak sabar untuk menunggu dan menonton sendiri video yang bakal diterbitkannya.

Pelbagai komen daripada rakan artis dan pengikut Instagram beliau memberi pujian dan meluahkan rasa teruja akan pencapaian lelaki tempatan yang berasal daripada Kelantan ini.

Sebelum Sofyank bekerjasama dengan Paul Rudd, dia pernah bekerjasama dengan pelakon antarabangsa terkenal iaitu John Cena secara atas talian. Walaupun dilakukan atas talian, namun video itu sangat gempak.

Tidak kurang daripada itu, video-video hasil kesan khas daripada Sofyank ini mendapat reaksi daripada Zach King yang merupakan Youtuber dan juga pencipta video kesan khas. Setiap video yang yang dibuat ‘reaction’ olehnya memuji video yang dihasilkan oleh Sofyank.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca