Bergaduh Dengan ‘BFF’, Kylie Jenner Sanggup Sewa Rumah RM1.88 Juta Sebulan Untuk Tenangkan Fikiran

Model dan personaliti televisyen popular, Kylie Jenner dipercayai bakal menyewa sebuah rumah agam untuk percutian musim panasnya. Rumah agam berkenaan terletak di Malibu, California.

Menerusi laporan Hollywood Life, salah satu sebab adik tiri kepada bintang realiti terkenal Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini berbuat demikian adalah untuk menenangkan dirinya di tempat baru selepas pergaduhan bersama kawan baiknya, Jordyn Woods yang tinggal di rumahnya sebelum ini.

“Jordyn telah keluar dari rumah Kylie dan sudah pun mengangkut semua barangnya.”

“Kylie masih menyayangi rumah lamanya di Calabasas itu, namun pada masa yang sama, dia perlukan tempat baru untuk mencari ketenangan,” kata sumber.

Difahamkan, bayaran sewa rumah agam yang terletak berhampiran pantai dan dipenuhi dengan kelengkapan serba mewah itu mencecah AS$450,000 (RM1.88 juta) sebulan.

Sebelum ini, punca utama Kylie dan seluruh ahli keluarganya bergaduh dengan Jordyn adalah gara-gara wanita itu dipercayai menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Kloe Kardashian.

Artikel Lain Untuk Di Baca