Berdiri Di Atas Belon Udara Panas, Lelaki Ini Berjaya Pecahkan Rekod Dunia

remi ouvrard

Seorang lelaki Perancis berusia 28 tahun telah memecahkan rekod ketinggian dunia kerana berjaya berdiri di atas belon udara panas.

Rémi Ouvrard berada pada ketinggian lebih daripada 3,637 meter (11,932 kaki) di atas Chatellerault, barat Perancis.

Dalam aksi untuk acara tahunan Telethon Perancis ini, tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk mengumpul wang sokongan terhadap penyelidikan penyakit neuromuskular.

Di sini terdapat satu perkongsian video mendapati Ouvard yang memakai pakaian seperti angkasawan sudah berada di atas belon udara itu.

Belon itu dipandu oleh bapa Ouvrard sendiri, Jean-Daniel Ouvrard merupakan seorang juruterbang berpengalaman.

Pada ketika itu, belon udara panas tersebut telah mencapai ketinggian puncak 4,016 meter (13,175 kaki).

Mereka menamatkan perjalanan selama dua jam selepas berlepas dari bandar Vellèches, di utara Vienne.

Dia memberitahu wartawan tempatan sebaik mendarat bahawa apabila berada di ketinggian 3,500 meter, dia tahu mereka boleh meneruskan untuk mencapai ketinggian 4,000 meter itu.

Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama buat Ouvrard memecahkan rekod. Sebelum ini dia mengimbangi belon udara panas pada ketinggian 1,217 meter (3,992 kaki) di atas paras laut pada Februari 2020 lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca