Berdiri Berhimpit Dalam Ruangan Sempit, Ini 6 Penjara Menakutkan Di Dunia

Tidak akan ada satu pun manusia yang ingin tinggal dan hidup dalam penjara. Terdapat ramai banduan yang menyatakan bahawa penjara seperti neraka bagi mereka. Ini kerana, ruangan penjara tidak sama keadaannya seakan kediaman yang kita tempati. Biarpun buruk atau serba kekurangan, rumah tetap menjadi tempat yang paling selesa untuk didiami.

Tahukah anda? Terdapat 6 penjara yang menakutkan di dunia. Berikut penulis kongsikan kepada anda seperti dalam senarai berikut:

1. Penjara Pusat Gitarama, Rwanda Afrika

Penjara di Rwanda merupakan penjara terburuk dalam dunia. Ruangan ini sebenarnya tidak mampu untuk menampung kesemua penjenayah yang ada. Hal ini kerana jumlah yang ada telah melebihi daripada jangkaan.

Bayangkan, penjara yang seharusnya boleh menempatkan seramai 600 banduan terpaksa menerima 7000 orang penjenayah. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan banduan terpaksa berdiri sepanjang hari.

2. Penjara La Sabaneta, Amerika Selatan

Penjara ini terkenal dengan penempatan penjenayah yang bijak dalam kasus penyeludupan senjata api, dadah, telepon bimbit dan banyak lagi. Berbanding dengan kisah di Rwanda, penjara di Amerika Selatan ini menampung jumlah banduan yang sangat sedikit daripada pengiraan asal.

Ini kerana penjara tersebut sebenarnya luas sehingga mampu menampung 3700 orang namun penerimaan kemasukan tahanan hanyalah seramai 700 orang sahaja.

3. Penjara Pulau Petak, Rusia

Kedudukan penjara ini sangat terpencil dan dikenali sebagai Petak. Ia dibina khas di tengah lautan untuk menampung tahanan penjenayah paling berbahaya. Uniknya, banduan akan dibawa ke penjara ini dengan menaiki bot.

Bagaimanapun, suhu di ruangan penjara akan menurun sewaktu musim sejuk. Kebanyakan jangka hayat para banduan menjadi semakin singkat akibat daripada penurunan suhu yang berlaku.

4. Souza Baranwoski Corectional Center (SBCC), Amerika Syarikat

Penjara Souza Baranwoski Corectional Center merupakan antara penjara yang paling ketat kawalannya berbanding penjara-penjara lain. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 1998. Menariknya, tiada satu pun banduan yang direkodkan berjaya lari daripada penjara ini. Ini kerana, penjara SBCC mempunyai teknologi yang sangat canggih di dunia.

Penjara ini menampung seramai 1500 orang banduan dan dikawal oleh 600 orang pengawal. Selain memanfaatkan teknologi robot untuk mengawal dan meneliti banduan, kamera 360 High Definition (HD) turut digunakan untuk merekod situasi penjara selama 24 jam.

5. Penjara Kem Delta, Cuba

Kem Delta terletak di Guantanamo Bay dan beroperasi dibawah jagaan tentera bersenjata Amerika Syarikat. Penjara ini dibahagikan kepada kem-kem untuk beberapa sebab tertentu.

Setiap kem mempunyai pengawalan yang berbeza. Misalnya, kem 3 diberikan jagaan keselamatan dan pengalawan yang paling maksimum. Kem 7 pula dijadikan sebagai penempatan untuk penjenayah paling dahsyat di dunia secara rahsia. Ini bermakna, tiada siapa mengetahui keberadaan mereka termasuk keluarga dan peguam.

6. ADX Florence, Amerika Syarikat

Penjara ADX merupakan senarai penjara yang ketat di dunia. Ia dibina pada tahun 1994 untuk membantu penjara lain menjaga banduan yang ganas dan dasyat. Ini kerana, rekaan dalaman penjara sangat unik sehingga menyukarkan banduan untuk mengetahui selok belok struktur bangunan.

Kesimpulannya, penjara-penjara sebegini memang wujud di dunia. Ia sengaja diciptakan agar banduan tidak mampu melawan atau melarikan diri daripada terus menjadi tahanan.

Penulis

  • Noor Azwanie Binti Arifin adalah pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Artikel Lain Untuk Di Baca