Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Irma Shida telah berkongsi tentang masalah cagu menerusi bebenang di akaun Twitter milik beliau. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga laman sosial itu di mana ia mencatat lebih 5,000 ulang kicau dan 7,000 tanda suka.
HOW TO TREAT CAGU/CENGKAM
— Dr. Irma Shida (@drirma_ariandi) September 15, 2020
Cagu or sometimes kita refer sebagai cengkam adalah situasi apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi di tepi jari. This thread terbahagi kepada punca, rawatan dan cara untuk cegah cagu.
THREAD pic.twitter.com/Lb77dLyhYm
Menurut Dr. Irma, cagu atau kadang-kadang kita sebut sebagai cengkam adalah situasi di mana kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi di tepi jari. Berikut kami kongsikan punca, rawatan dan juga cara untuk mencegah cagu sepertimana yang disarankan oleh Dr. Irma:
Punca terjadinya cagu
1. Kasut terlalu ketat dan tirus di bahagian hadapan
2. Potong kuku terlalu pendek dan membulat di bahagian kiri dan kanan kuku
3. Jangkitan kulat
4. Jangkitan kuman di isi (tisu) kuku
Cara untuk merawat cagu
1. Rendam kaki dalam air suam

Pertama sekali, ambil bekas berisi air suam dan rendam kaki selama lima hingga 10 minit. Ini adalah untuk pastikan kulit pada bahagian kuku menjadi lembut.
2. Guna penyendal (splint)

Anda boleh gunakan gauze sebagai penyendal untuk diletak di bawah kuku yang ada cagu. Dengan cara ini, kuku baharu yang akan tumbuh tidak akan kena pada isi.
3. Antibiotik

Sekiranya anda berjumpa doktor, selalunya anda akan diberi antibiotik dalam bentuk sapuan atau tablet bagi membunuh kuman.
4. Krim anti-fungal

Krim anti-fungal juga berupaya untuk merawat jangkitan kulat. Ia boleh beli dari farmasi. Walau bagaimanapun, Dr. Irma menyarankan supaya terus berjumpa dengan doktor sekiranya cagu sudah berada di tahap teruk.
5. Pembedahan

Sekiranya semua rawatan di atas tidak menunjukkan sebarang hasil, pembedahan kecil akan dibuat. Menerusi pembedahan ini, sama ada keseluruhan kuku atau sebahagian daripadanya sahaja yang akan dibuang bergantung kepada keadaan cagu di jari anda.
Cara untuk cegah cagu
1. Potong kuku dengan betul

Cara potongan kuku memainkan peranan yang sangat penting. Sekiranya salah potong, ia boleh menyebabkan kuku baharu untuk tumbuh ke sisi dan menekan isi pada jari.
2. Jaga kebersihan kaki

Apabila kebersihan kaki tidak dijaga dengan baik, kebarangkalian untuk jangkitan kulat dan kuman berlaku adalah tinggi. Tidak susah pun untuk jaga kebersihan kaki. Anda hanya perlu tukar stoking setiap hari dan jangan sesekali pakai kasut basah.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan foot spray untuk matikan segala jenis kuman dan memastikan kaki sentiasa segar. Dr. Irma sendiri ada formulasikan satu produk yang dikenali sebagai Kasuki Spray khas untuk kaki. Sesiapa yang ada masalah kaki berbau memang sangat disarankan untuk guna Kasuki Spray ini.
Kasuki Spray ini boleh didapati menerusi Shopee dengan harga RM13: shopee.com.my/product/44516143/4441802781 atau di laman sesawang rasmi Dr. Irma.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Untuk lebih banyak tips kecantikan dan penjagaan kulit serta badan, anda boleh ikuti Dr. Irma di laman sosial Twitter @drirma_ariandi.
Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan tips penjagaan wajah dan badan, anda boleh klik pada pautan di bawah: