Bercuti Di Pulau Pinang? Ini 4 Tempat Yang Wajib Anda Jejakkan Kaki

Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik serta turut menjadi tumpuan bagi penggemar makanan. Pulau Pinang dapat dikategorikan sebagai tempat yang wajib dilawati oleh pelancong. Berikut kami kongsikan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh anda kunjungi:

1. The Gravityz Penang

Tempat ini merupakan tempat untuk melakukan aktiviti yang mencabar keberanian diri. Aktiviti yang dilakukan di sini termasuklah berjalan di tebing bangunan pada aras 65 yang sangat tinggi. Tempat ini sangat cantik ketika waktu malam kerana anda akan dapat melihat keseluruhan Pulau Pinang dilimpahi cahaya lampu yang berwarna-warni.

2. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang ini sesuai buat mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti jungle trekking, berkhemah dan berenang. Pemandangan di sini juga sangat cantik.

3. Gurney Drive

Destinasi ini terletak di tepi pantai dan terdapat banyak gerai yang menjual makanan-makanan tempatan seperti rojak, pasembur dan lain-lain. Pada waktu malam, ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmati angin pantai.

4. Bazar Chowrasta

Bazar ini menempatkan barang-barang basah dan kering. Tempat ini terletak di tengah bandar Georgetown dan mudah untuk diakses oleh orang ramai.

Penulis

  • Muhamad Hafizuddin Abd Azid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca