Ramai dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia pastinya mempunyai kelab luar negara dari liga BPL, La Liga, Serie A (sekadar menyebut beberapa nama) – kebanyakannya dari Eropah yang disokong. Tahap minat masing-masing mungkin berbeza-beza; ada yang sekadar minat dengan menonton di televisyen sambil mengisi masa lapang di hujung minggu, ada yang hari-hari baca kemaskini perkembangan pasukan kegemaran, ada yang mengumpul jersi – tak pernah terlepas beli jersi home & away pada setiap musim dan macam-macam lagi. Pelbagai cara dan ragam. Yang pasti, itulah istimewanya kita semua pencinta dan penggila sukan bola sepak.
Namun apa pun, impian besar setiap peminat atau penggila bola sepak adalah ingin menonton secara langsung para pemain kelab kesayangan mereka bermain di depan mata, dan pastinya bukan di Bukit Jalil, tapi terbang terus dan menonton secara langsung di Eropah. Jadi, berikut kami kongsikan tips daripada Hisyam Hasan – salah seorang ahli Malaysia Real Madrid Supporters Club (MRMSC) tentang pengalaman beliau selepas beberapa kali mengembara ke Eropah untuk menonton bola sepak:
“Di atas pertanyaan beberapa orang sahabat terutama Madridista Malaysia, aku copy paste balik benda yang pernah aku share sebelum ini untuk sekadar berkongsi tips & pengalaman benda asas sebelum dan ketika berada di eropah terutamanya untuk sahabat-sahabat yang first time ingin merasakan pengalaman pergi ke stadium dan menonton bola sepak. Mungkin pengalaman yang aku share ni takdelah sehebat mana berbanding sesetengah orang lain yang jauh lebih ‘berpengalaman’ & ‘biasa’ ke eropah terutamanya untuk tujuan yang sama (Pergi stadium tour atau tengok game). Anggaplah ini hanya sekadar perkongsian peribadi sahaja. Bab bajet tu agak subjektif. Ia bergantung pada masa, keadaan dan sebagainya.
1. TIKET FLIGHT
Biasanya dibeli dalam masa 1-2 bulan sebelum pergi dan aku boleh katakan inilah masa yang terbaik. Jangan beli terlalu awal kerana ada kemungkinan perlawanan yang kita nak tengok tu akan ditunda, diubah venue dan lain-lain dan jangan pulak terlalu lewat kerana mungkin tarikh yang kita nak pergi tu akan sold out atau harga menjadi double. Pilih flight dengan bijak dan sentiasa alert dan double check pada tarikh, nama airport yang dituju (sesetengah tempat ada lebih dari satu airport di tempat yang sama), segala maklumat kita, jumlah berat bagasi dan sebagainya.
2. TIKET BOLA
Bergantung kepada match kelab yang kita nak tengok dan berapa besar perlawanan tersebut (biasanya game besar macam El Clasico & local derby agak sukar untuk dapatkan tiket). Walaupun sesetengah perlawanan kita boleh dapatkan tiket di stadium, tapi nasihat aku lebih baik beli online daripada tunggu dan beli di kaunter stadium. Ini untuk elakkan beratur panjang dan kehabisan tiket. Kena pulak kalau match besar..hmmm balik je la atau bayar double/ triple daripada ulat tiket. Lagi teruk kalau dapat tiket palsu.
3. PENGINAPAN
Sama macam tiket bola, better cari dulu dlm Airbnb ke, Agoda ke, Tripadvisor ke mana-mana yang kita biasa. Elakkan cari hotel di saat akhir atau apabila kita dah sampai di destinasi (walk in – check in). Kalau berkemampuan boleh duduk di hotel-hotel yang berdekatan dengan stadium. Kalau nak bajet boleh cari hotel murah, homestay atau hostel (jangan expect macam duduk hotel 5 star la). Mungkin kedudukan hotel bajet, homestay atau hostel (duduk ramai-ramai dalam satu bilik / dorm) ni akan agak jauh dari stadium tapi don’t worry, public transport agak baik di hampir kebanyakan negara Eropah. So senang nak access ke mana-mana.
4. PENGANGKUTAN
Macam aku cakap tadi, public transportation di Eropah agak mudah dan senang nak ke mana-mana (selagi berada di dalam kawasan bandar dan tak terlalu jauh dari bandar). Sebagai contoh di Guangzhou,Tokyo, Sofia, Munich & Madrid aku naik metro train, di Rome pula aku naik bas. Kemudian ‘menapak’ la sikit (ada gak yang jauh). Nak naik teksi atau grab car pun boleh, tapi mahal la derr. Ikut kemampuan. Kalau tak tahu jalan atau cara nak ke stadium boleh Google dulu, Waze atau tanya sesiapa di sana.
5. BAHASA –
Permasalahan yang orang selalu tanyakan, especially kepada yang nak pergi ke negara yang tak gunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian mereka. Antara soalannya, “pergi sorang tapi siapa yang tangkap gambar tu?”
Jangan risau dik, sekarang sudah zaman millenium, mereka pun manusia bukan alien. Majoriti orang Eropah dah boleh berbahasa inggeris especially golongan muda (mungkin kekadang susah difahami) tetapi boleh guna bahasa tangan / badan atau susah sangat pergi ke mana-mana kaunter information di tempat shopping, stesen bas / train dan lain-lain. Cara paling mesra, kita boleh belajar sikit bahasa basic diorang untuk menegur sebelum bertanya sesuatu (perkataan yang simple untuk cakap hello atau terima kasih sebagai contoh). English kita teruk pun tak ada hal. Cakap je asal boleh difahami sebab diorang cakap pun bukan semuanya betul sangat pun dan ada sesetengah tu diorang akan betulkan (grammar) apa yang kita cakap. Itu sikap yang aku salute! (bangsa kita kalau dengar benda silap lagi digelakkannya). Jangan malu nak bertanya sebab kat sana tak ada siapa pun kenal kita.
6. DUIT
Sangat penting untuk berbelanja. Dinasihatkan tukar duit siap-siap sebelum pergi mengikut currency sesuatu negara. Tapi apa pun kena buat research dulu sebelum pergi kerana tak semua negara terima ‘Euro €’ atau ‘Pound £’ di sana. Sebagai contoh Bulgaria hampir ke semua tempat hanya pakai mata wang ‘Lev’. Jadi cuba cari money changer yang ada untuk pertukaran. Better tukar di Malaysia (jika ada) atau mana-mana bank di sana untuk mengelakkan daripada ditipu atau duit palsu. Untuk bajet keseluruhan boleh dianggarkan antara RM6K ke RM10K seorang bergantung kepada masa, tempat dan faktor-faktor lain. So nak lagi murah dan selesa pun boleh, tapi kena rajin survey, banyak membaca, bertanya dan mencari mana-mana info.
7. MAKANAN
Satu lagi soalan biasa ditanya. So far kebanyakan negara di Eropah sudah ada banyak kedai makanan halal (bergantung kepada tempat yang dikunjungi). Sebagai contoh di Madrid dan Rome, ia bandar besar jadi tidak sukar untuk mencari makanan halal (boleh Google). Pasal harga tu janganlah setiap benda kita convert kepada ringgit Malaysia, jika tidak memang kebulurlah kita di sana. Kalau pergi hanya 2-3 hari mungkin tak ada masalah sebab kita boleh makan makanan yang kita bawa dari Malaysia. Tapi percayalah cakap aku, sejauh mana kita boleh bertahan takat makan megi, sardin, roti atau Brahim’s? Hihihi. Kalau boleh masak sendiri lebih baik. Namun, terpulang pada citarasa masing-masing.
8. TANDAS
Mungkin sesiapa yang pernah ke Eropah sudah tahu, tetapi pada first timer jangan lupa bawa / beli botol air (botol kecik je asal boleh guna air untuk berhadas) atau wet tissue kalau ke sana. Tandas awam di sana memang tak ada paip air dalam jamban untuk ‘cebok’. So paham-paham la baunya macam mana.
9. DOKUMEN
Kebiasaannya aku akan print out hotel reservation, flight itinerary, football ticket & lain-lain yang penting selain dari simpanan dalam soft copy untuk back up jikalau ditanya di imigresen di airport, polis atau receptionist di hotel. Tidak boleh hanya bergantung semata-mata pada handphone atau email sahaja. Kebiasaannya kepada first timer yang datang ke Eropah atau tidak pernah keluar negara akan ditanya semua perkara ini. So get prepared dan jangan tunjuk sangat kita lost, gugup atau takut.
10. SOLAT
Benda paling wajib bagi yang beragama islam. Jika ke sesetengah bandar Eropah memang sukar nak cari masjid, so aku nasihat guna apps utk cari kiblat (aku prefer pakai kompas kiblat manual kerana lebih tepat dan yakin), bawak kain pelekat atau apa-apa kain untuk alas kita bersolat (especially di airport atau di mana-mana sebelum ke stadium). Cari mana-mana ruang kecik yang bersih dan selesa untuk solat.
11. PICKPOCKET
Benda paling biasa dan sangat ditakuti. So far alhamdulillah aku belum pernah mengalaminya, tetapi ramai kawan-kawan yang pernah kena especially bila pergi ke tempat sesak macam dalam train atau stadium. Nasihat aku asingkan duit kita ke beberapa tempat (tapi janganlah terlalu banyak tempat simpan nanti lupa pulak letak kat mana). Elak dari dihimpit dan didekati (jika boleh) dan jangan menjawab sapaan orang yang tak dikenali. Kemudian elakkan daripada bertentang mata (eye contact) atau menjadi terlalu ramah dengan orang lain sebab itu membuka ruang kepada mereka untuk ‘buat kerja’. Kalau bawa beg galas pulak, kena sentiasa berhati-hati. Aku biasanya akan galas kedepan dan kadang-kadang peluk beg tu jika kawasan tu ramai orang. Tangan ‘pencopet’ ini cukup pantas, silap hari bulan bukan sahaja wallet dan duit, handphone, passport dan kamera pun boleh hilang. Untuk passport pula, sesetengah kawan kata tak perlu bawa passport ke hulu kehilir tetapi pada aku passport ni macam IC kita. Jika ada apa-apa yang terjadi pada kita sekurang-kurangnya orang yang membantu boleh tahu siapa kita dan sebagainya. Duit pulak janganlah dibawa kesemuanya. Simpan sikit dalam hotel atau bank (ATM) untuk back up kalau terjadi kehilangan atau takut over spend (aku biasa kena).Jika ada bawa kad debit atau kredit bersama lebih baik, tapi pandai-pandailah berbelanja ye.
12. PAKAIAN & CUACA
Pakaian yang betul mengikut cuaca adalah sangat penting. Research dulu suhu tempat dan tarikh yang kita nak pergi. Jangan hanya bergantung pada satu sumber sahaja kerana kekadang info internet ada yang tak betul. Aku pernah kena, check internet tulis suhu average antara 25-29 deg C tapi bila sampai, Ya Allah jadi 15 deg C. Keadaan cuaca dunia juga tak menentu sekarang ni so kena check dari semasa ke semasa. Pakaian pula ikut kita. Kalau boleh tahan suhu sejuk bawah 10 deg C dengan pakai jaket nipis je silakan..hahaha..memang menggigil la jawabnya nanti. Aku prefer tengok bola selain dari musim sejuk sebab lebih selesa (pernah tengok game dalam suhu 2 deg C, menggeletar teruk beb sebab kita duduk statik je). Satu lagi kalau musim panas tak semestinya panas macam kat Malaysia. Kekadang musim panas di sana pun masih sejuk dan berangin.
Setelah penat mengarang seperti mengarang kertas penulisan SPM aku rasa itu sajalah kot yang dapat dikongsi. Kalau ada yang tak cukup mungkin korang boleh tambah lagi. Setiap orang pengalaman berbeza-beza, so mungkin sesetengah tips tu tak boleh diguna pakai jadi abaikan. Aku sekadar sharing info untuk membantu sekadar mana yang aku ada dan tahu. Tidak sama sekali nak tunjuk pandai atau sebagainya. Jadi kalau ada yang salah, tak sama dan silap info tu mintak maaf banyak la ye.
Come on guys! Live up your dreams! Tiada apa yang mustahil. Minat kita orang takkan faham. Aku dulu bermula dengan angan-angan nak tengok Real Madrid di Santiago Bernabeu seawal umur 11 tahun (1994) dan akhirnya alhamdulillah sekarang dah menjadi realiti (2 match Real Madrid di Madrid, Spain & Yokohama, Japan serta 2 kali ke Santiago Bernabeu, Madrid). Jika ada rezeki memang berhajat untuk tengok El Clasico dan Newcastle United di St.James Park bawak anak bini pula InsyaAllah (don’t get me wrong, niat ke Mekah tetap menjadi keutamaan, cuma belum ada rezeki. Jap lagi ada pulak yang kecam kata “daripada membazir macam ni lebih baik pergi Mekah dapat jugak pahala.”
P/s: MOHON MAAF AKU TAK PANDAI LUKIS. Membaca amalan mulia.