Bercinta Dengan Hantu, Lelaki Ini Bimbang Dicurangi Ketika Perintah Berkurung

Gary De Noia dari New Jersey, Amerika Syarikat mengakui sudah menjalin cinta selama dua tahun dengan hantu yang dikenali sebagai Lisa.

Namun katanya, hubungan mereka mengalami masalah sejak perintah berkurung dikuatkuasakan di negara itu bagi mengekang COVID-19.

Akui Gary, semuanya berjalan lancar dan mereka cukup bahagia sewaktu fasa awal perintah berkurung.

Hantu wanita itu malah banyak memberi kebahagiaan dan membantunya dalam menguruskan rumah.

Menurut laporan Daily Star, lelaki yang tidak bekerja itu bimbang Lisa melanggar perintah berkurung dan keluar bertemu lelaki lain.

“Sepanjang bulan ini dia sentiasa keluar malah tidak pernah memaklumkan ke mana dia pergi. Dia kata keluar dengan kawan.

Dia mungkin ada dengan sesiapa sahaja. Saya berasa curiga dengan hubungan kami. Saya risau dia curang tetapi dia kata saya paranoid,” jelas lelaki itu.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai hantu, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca