Bercinta 2 Tahun, Pelakon Jang Nara Umum Bakal Berkahwin

Pelakon Jang Nara telah menyampaikan berita gembira buat peminatnya dengan mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pada 3 Jun, perkara tersebut disahkan oleh agensinya sendiri dan Jang Nara terus memaklumkan kepada peminat tentang perkahwinannya menerusi akaun media sosial.

Melalui hantaran di Instagram, Jang Nara memuat naik gambar pokok yang rendang berserta surat yang ditulis untuk peminat mengenai perkahwinannya.

Pelakon serta penyanyi yang pernah popular sekian lama dulu, memulakan suratnya dengan memperkenalkan secara ringkas tentang pasangannya yang jarak usia 6 tahun lebih muda daripada Jang Nara.

Mereka baru bercinta selama 2 tahun tetapi telah berjanji akan menjadi teman hidup antara satu sama lain.

Sumber: Korea JoongAng

Lebih menarik lagi, Jang Nara juga berkongsi perkara yang membuatkan dia jatuh cinta dengan pasangannya itu.

Menurut Jang Nara, pasangannya mempunyai senyuman yang indah, seorang yang baik hati dan mencurahkan segala kesungguhan dalam pekerjaan yang dilakukan.

Akhir sekali, pelakon tersebut sempat menyatakan bahawa selepas sahaja perkahwinan berlangsung dia akan memulakan projek terbaharu yang akan bertemu dengan peminat tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan buat Jang Nara dan pasangan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca