Berbeza Ideologi Politik Tidak Halang Najib Ucap Selamat Hari Lahir Buat Tun M

Belainan ideologi politik sama sekali tidak menjadi penghalang buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan rasa hormat terhadap seteru politiknya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Meskipun Tun M merupakan individu yang bertanggungjawab menyebabkan parti Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas 62 tahun memerintah negara, Najib tetap tidak terlepas untuk mengucapkan selamat hari lahir buat kali ke-95 kepada Tun M.

Happy 95th birthday, sir,” demikianlah coret Najib di Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Ahli Parlimen Pekan itu turut mendoakan agar Tun M dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.

Untuk rekod, BN hilang kuasa memerintah negara buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhannya pada tahun 1973 selepas mereka tewas kepada Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Tun M sendiri.

Krisis politik yang berlaku pada awal tahun ini bagaimanapun telah menyaksikan Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil langkah drastik dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Sumber: The Star

Jawatan Perdana Menteri kini dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kemasukan Barisan Nasional dan PAS ke dalam kerajaan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca