Berbaju Melayu Setiap Undangan Majlis, Naim Daniel Luah Rasa Bangga

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menyatakan dia tidak malu untuk memakai baju Melayu sewaktu menghadiri setiap undangan majlis hiburan.

Sebaliknya selebriti terkenal berusia 25 tahun itu berasa bangga dengan Baju Melayu kerana ia adalah salah satu jati diri bangsa yang perlu dipertahankan.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin mengakui dia amat selesa tampil menggayakan baju Melayu selain melihat ia sesuai dipakai untuk setiap acara disertainya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sumpah itu berkata, generasi muda seharusnya mengubah persepsi Baju Melayu terhad untuk majlis atau sambutan tertentu seperti menyambut perayaan atau majlis perkahwinan.

“Sebagai generasi muda, saya rasa pemakaian baju Melayu sebenarnya tidak terhad untuk majlis dan sambutan acara tertentu saja seperti meraikan Aidilfitri atau menghadiri majlis perkahwinan.

“Saya fikir sudah tiba masanya ‘stigma’ sebegini dibuang kerana sewajarnya kita berbangga dengan pakaian warisan bangsa ini. Saya melihat baju Melayu memang sesuai digayakan setiap masa tanpa ada prejudis. Ia warisan kita,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Selain itu, Naim menjelaskan pada asalnya dia hanya sekadar suka-suka sahaja kerana memiliki banyak koleksi baju Melayu.

Namun, segalanya berubah apabila dia terfikir untuk memakainya bagi menghadiri satu acara persembahan nyanyian.

Naim juga menyeru generasi muda supaya menanamkan rasa bangga dalam diri dengan warisan bangsa kita.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca