Beratus Bangkai Kucing Ditemui Bergelimpangan Selepas Dibiarkan Kelaparan Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Beratus- ratus kucing, anjing dan arnab ditemui mati di Pasar Empress Karachi di Pakistan selepas tempat itu dipaksa untuk menghentikan operasi berikutan penguatkuasaan perintah berkurung di seluruh negara tersebut.

Menurut laporan media tempatan, haiwan yang masih hidup di pasar berkenaan diselamatkan selepas aktivis pencinta haiwan merayu kepada pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka.

Salah seorang aktivis iaitu Ayesha Chundrigar mengatakan bahawa selepas dua minggu pasar itu ditutup, teriakan lebih 1,000 ekor haiwan yang kelaparan dapat didengar dari luar kedai.

“Ketika kami masuk, kira-kira 70 peratus sudah mati manakala banyak bangkai haiwan ditemui atas tanah,” kata Chundrigar.

Menurut Chundrigar, haiwan-haiwan malang berkenaan kelaparan dan terkunci di dalam sangkar tanpa sebarang cahaya atau pengudaraan manakala haiwan yang masih hidup berkeliaran di sebalik bangkai yang lain.

Untuk rekod, hanya gerai yang menjual barangan keperluan seperti makanan dan ubatan sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang penguatkuasaan perintah berkurung di Pakistan dalam membendung penularan pandemik COVID-19.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan pemilik kedai haiwan tidak dapat meneruskan perniagaan termasuklah memberi makan kepada haiwan mereka.

Di bandar timur Lahore, nasib yang sama menimpa haiwan-haiwan di sana di mana terdapat sekitar 20 bangkai anjing di dalam pembetung berhampiran Tollinton Market, sebuah pusat untuk perniagaan haiwan yang juga ditutup akibat perintah berkurung.

Selepas meyakinkan pegawai yang bertugas di pasar itu, seorang lagi aktivis iaitu Kiran Maheen berjaya menyelamatkan lebih daripada 24 ekor anjing, arnab dan kucing.

“Apabila polis membuka pintu, banyak haiwan sudah mati di dalamnya,” kata Maheen.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca