Thinker Studios merupakan sebuah syarikat produksi televisyen yang wujud sejak 2013. Ia terkenal dengan rancangan bual bicara ‘Motif Viral’ yang mencari sesiapa sahaja yang sedang tular di media sosial menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD. Membincangkan topik atau video yang menjadi viral, rancangan ini dihoskan oleh beberapa orang pengacara dan antaranya ialah Hazeman Huzir.
Pada 7 April lalu, Thinker Studios telah mengadakan giveaway di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya. Thinker x Herbal Essences Giveaway itu diadakan pada jam 11 pagi.
Apa yang menariknya, ada yang mula beratur dari pukul 6 pagi lagi. Mereka ini bukan setakat beratur di depan I Am Lejen Shop, malah mengelilingi kawasan tersebut sehingga ke belakang kedai. Hebat sungguh penangan Thinker Studios ini!
Dalam giveaway ini, mereka yang bertuah mendapat barangan eksklusif daripada Thinker Studios seperti t-shirt, tote bag dan lanyard. Bukan itu sahaja, mereka juga mendapat barangan penjagaan rambut daripada Herbal Essences. Jimat duit! Nampak gayanya, tak perlu beli syampu untuk beberapa bulan.
Pada masa yang sama, pihak I Am Lejen Shop turut memberi baucar tunai bernilai RM5 kepada 250 pengunjung terawal. Baucar tersebut boleh digunakan serta-merta dengan pembelian RM20 ke atas. Tak sia-sia kan mereka beratur dari pagi?
Turut hadir pada hari tersebut adalah pengacara Motif Viral iaitu Hazeman Huzir, Yaya Zahir dan Shalma Ainaa. Jom tonton video di bawah untuk melihat kemeriahan Thinker x Herbal Essences Giveaway ini. Sambil-sambil tu, bolehlah Subscribe channel YouTube Lejen Press. Banyak video menarik yang menanti anda semua!