Berat Badan Susah Turun, Ini Adalah Sebabnya

Terlalu ramai dalam kalangan kita yang berusaha untuk turunkan berat badan, namun masih tidak berjaya. Jangan cepat mengalah. Kaji semula bagaimanakah gaya hidup yang anda amalkan.

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu konsisten. Janganlah menganggap berat badan ini hanya boleh turun dalam masa seminggu sahaja, tidak. Semangat untuk membuat sesuatu perkata itu amatlah penting.

Pernahkan anda tertanya-tanya mengapakah berat badan anda susah untuk turun walaupun anda sudah melakukan bermacam cara?

Di bawah ini merupakan enam sebab mengapa berat badan susah untuk turun.

1. Banyak toksin dalam badan

Toksin boleh didapati dalam dua cara iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.

Faktor luaran boleh kaitkan dengan pemakanan harian kita. Selain itu, toksin juga hadir disebabkan oleh faktor dalaman iaitu perasaan stres atau marah.

Toksin yang terlalu tinggi dalam badan akan menyukarkan kita untuk menurunkan berat badan.

Toksin akan keluar melalui najis, air kencing, dan perpeluhan. Setiap hari, pastikan anda akan membuang air besar dan air kecil sekerap yang mungkin untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Berpeluh juga boleh menjadi salah satu cara yang baik untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.

2. Banyak makan dan minum gula yang berlebihan

Jika anda ingin tahu, gula merupakan musuh utama jika anda ingin menurunkan berat badan. Gula mampu menaikkan lagi keinginan anda untuk makan dengan lebih kerap.

Ia boleh menjurumuskan anda kepada kegemukan, malah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dan bahkan lebih teruk lagi adalah kanser.

3. Makan berat pada waktu malam

Kebiasaannya waktu malam, kita sering makan berlebihan. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, kita perlu menghadkan pemakanan kita selewat-lewatnya makan pada pukul 7 atau 8 sahaja.

Jika anda berasa lapar, boleh ambil buah-buahan seperti epal dan juga boleh minum air. Apabila air dalam badan kita mencukupi, kita akan berasa kurang keinginan untuk makan.

4. Tiada niat dan kesungguhan

Jikalau kita ingin melakukan sesuatu perkara itu, perlulah tekad dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasilnya. Tanya diri kita, sejauh manakah kesungguhan kita untuk menurunkan berat badan.

Betulkan niat kita supaya kita bukan ingin kurus untuk cantik, tetapi untuk kesihatan.

5. Kurang bergerak dan terlalu banyak duduk

Untuk turunkan berat badan dengan cepat, kita perlulah banyak bergerak supaya badan berpeluh. Dengan cara itu, kita dapat membakar lemak di dalam badan kita dengan pantas.

Rajinkan diri anda untuk pergi ke taman yang berdekatan dengan rumah pada waktu petang untuk melakukan senaman.

Ambil masa 30 minit untuk bersenam. Lakukan setiap hari. Itu sudah mencukupi daripada anda tidak melakukan apa-apa.

6. Tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup

Jangan amalkan tidur lewat pada malam hari. Ia tidak bagus untuk kesihatan badan anda.

Di samping itu, tidur yang tidak mencukupi boleh membuatkan hari anda kurang produktif. Apabila kurang produktif, anda akan lebih banyak duduk dan tidak mengeluarkan peluh.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai berat badan, anda boleh klik pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca