Berat Badan Lelaki Ini Naik 100 Kilogram Semasa Perintah Berkurung

Seorang lelaki yang berusia 26 tahun kini dilabel sebagai lelaki paling gemuk di Wuhan selepas berat badannya bertambah sebanyak 100 kilogram (kg) selepas lima bulan berada di rumah berikutan pelaksanaan perintah berkurung ekoran penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan media tempatan, lelaki yang dikenali sebagai Zhou itu sebelum ini pernah bekerja di sebuah kafe dan menjalani gaya hidup normal. Namun begitu, selepas kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung, dia secara tidak langsung telah mengambil makanan secara berlebihan.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, berat badannya telah mencecah 280kg. Antara faktor lain yang membuatkan Zhou mengalami obesiti adalah dia kurang bersenam.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Pembedahan Obesiti dan Metabolik di Wuhan iaitu Li Zhen, Zhou berada di rumah sejak Januari dan mula keluar rumah pada 1 Jun untuk menerima rawatan di hospital.

“Zhou mengalami gangguan tidur kerana berat badan melampau dan terpaksa meminta bantuan untuk merawat penyakitnya.

Sebaik menerima rawatan, Zhou mengalami pelbagai gejala seperti masalah jantung dan pernafasan,” kata Li Zhen.

Menurut Li Zhen lagi, keadaan kesihatan Zhou sangat membimbangkan dan dia kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selama 10 hari, doktor berusaha menstabilkan Zhou dan pada 11 Jun, keadaannya semakin baik dan stabil.

Pesakit ini mengalami masalah kegemukan disebabkan faktor genetik dan kecelaruan endokrin serta peningkatan pengambilan kalori tanpa henti selama lima bulan.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan pasukan khusus, kami akan membantu Zhou menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 23kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut atau ikatkan kantung perut,” ujar Li Zhen.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan isu berat badan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca