Seorang pemancing British menjadi bualan ramai apabila berjaya menangkap seekor ikan emas terbesar di dunia di sebuah pusat perikanan yang terletak di Perancis.

Malah dikatakan ikan emas gergasi ini mempunyai berat hingga mencecah 67 paun (30.3kg).
Lebih menarik lagi, ikan emas tersebut dipanggil dengan gelaran sebagai The Carrot kerana ikan ini adalah kacukan spesies ikan mas dan ikan koi yang berwarna oren.
The Carrot dipercayai berusia lebih 20 tahun dan ketika masih kecil ikan itu telah dilepaskan ke dalam tasik di pusat perikanan yang dikendalikan oleh Brit Jason Cowler.

Perkara ini membuktikan bahawa ikan emas ini sukar ditangkap selama bertahun-tahun dan jarang dilihat keluar daripada permukaan air.
Walau bagaimanapun, Andy Hackett meluangkan masa selama 25 minit mengendalikan jorannya untuk cuba menangkap ikan emas itu.
Ikan emas tersebut merupakan 30 paun lebih berat daripada seekor ikan emas yang dianggap terbesar di dunia pada tahun 2019 ditangkap oleh Jason Fugate di Minnesota, Amerika Syarikat.

Selepas menangkap ikan emas gergasi itu, Andy Hackett membuat keputusan untuk melepaskan ikan itu kembali supaya pemancing lain dapat kesempatan untuk menangkapnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: