Berani Menentang Penjajah, Ini 3 Tempat Bersejarah Di Malaysia Yang Boleh Dilawati

Setiap negara mempunyai pelbagai tempat yang bersejarah yang boleh dikunjungi.

Selain menjadi saksi kepada kemerdekaan negara daripada genggaman penjajah, sesetengah tempat bersejarah turut merupakan tempat persemadian terakhir pahlawan yang telah berjuang mempertahankan tanah air.

Berikut merupakan tiga tempat bersejarah di Malaysia yang boleh dikunjungi.

1. Kota A Famosa

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh Portugis selepas berjaya menakluk Melaka pada tahun 1511. Dikenali secara rasmi sebagai Kubu Melaka atau Fortaleza de Malaca, binaan ini mengambil masa lima bulan untuk siap sepenuhnya.

Sepanjang pembinaannya, ramai buruh paksa meninggal dunia dek kerana suhu yang terlalu tinggi dan kekurangan makanan.

2. Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah merupakan salah satu daripada tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia. Binaan ini terletak di Kampung Duyong yakni kampung Hang Tuah di mana beliau membesar bersama empat orang rakannya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Di perigi ini juga dimana sesetengahnya percaya bahawa roh Hang Tuah akan menjelma dalam bentuk buaya putih.

3. Makam Tok Janggut

Tok Janggut adalah salah seorang pahlawan Melayu yang membanteras campur tangan British di Kelantan pada tahun 1909. 

Terletak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, makam ini masih lagi dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian daripada warisan yang tidak ternilai harganya.

Oleh itu, bangunan bersejarah di negara ini haruslah dikekalkan untuk penghayatan dan kepentingan generasi akan datang.

Penulis:

• Azlin binti Azimin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan
Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan sejarah, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca