Berang Tidak Dilamar Selepas 8 Tahun Bercinta, Wanita Ini Akhirnya Saman Teman Lelaki

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Sekiranya telah bercinta selama beberapa tahun dengan pasangan, ia bukan satu perkara yang pelik jika kerap mendengar soalan seperti tarikh perkahwinan atau bila anda akan melamarnya untuk dijadikan teman seumur hidup.

Walaupun ia kelihatan biasa, soalan ini seperti bom yang boleh meletus bila-bila masa sahaja dan sekali gus menimbulkan rasa panik kepada individu dalam hubungan tersebut.

Dalam kes ini, seorang wanita dari Zambia membuat keputusan bahawa dia telah menunggu cukup lama untuk dilamar sebagai seorang isteri. Atas sebab itu, dia bertindak menyaman teman lelakinya.

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Untuk dijadikan cerita, Gertrude Ngoma sudah bercinta selama lapan tahun dengan teman lelakinya, Herbert Salaliki. Walau bagaimanapun, dia kini mula muak untuk menunggu lebih lama dan akhirnya membawa situasi mereka ke muka pengadilan.

Memetik laporan Tuko, wanita berusia 28 tahun itu telah memberitahu mahkamah bahawa teman lelakinya tidak serius untuk membawa hubungan mereka ke satu fasa yang lebih jauh.

“Dia tidak pernah bersikap serius dan itulah sebabnya saya membawanya ke pengadilan kerana saya layak mengetahui jalan ke hadapan serta masa depan kita,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan ini sudah dikurniakan cahaya mata tetapi tidak mempunyai kewangan cukup untuk membiayai perkahwinan mereka.

Menerusi pembelaannya, Herbert berkata bahawa kedudukan kewangannya kini tidak berapa stabil untuk meneruskan perkahwinan. Lelaki itu turut menyalahkan Gertrude kerana tidak memberikan perhatian kepadanya.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Dalam pada itu, mahkamah Zambia tidak dapat melakukan apa-apa kerana kedua-duanya masih belum berkahwin. Atas sebab itu, hakim yang mengetuai kes berkenaan memutuskan bahawa pasangan itu harus berusaha mencari jalan damai di luar mahkamah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca