KONGSIKAN

Hanya kerana tidak dapat duduk di sebelah teman lelakinya, seorang pramugari Air Asia telah disimbah air panas oleh seorang penumpang wanita.

Penumpang dari China itu telah menyerang pramugari Thai Air Asia dengan cara melemparkan cawan mee apabila dia mendapat tahu bahawa dia tidak dapat duduk bersebelahan dengan teman lelakinya.

 

Penerbangan tersebut dikatakan menuju ke Nanjing, China dari Bangkok.

Suasana di dalam kapal terbang menjadi kecoh gara-gara pramugari terbabit disimbah air panas. Seorang anak kapal yang lain dikatakan telah membantu menukarkan tempat duduk seperti yang diminta.

Selain itu semasa kekecohan berlaku, seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki wanita terbabit telah menugut untuk meletupkan pesawat berkenaan kerana pramugari yang cedera itu dibela oleh rakan sekerjanya.

Disebabkan itu, juruterbang memutuskan untuk membatalkan perjalanan selama 90 minit ke China timur dan kembali ke lapangan terbang di Bangkok, di mana pesawat membuat pendaratan kecemasan.

Apabila kapal terbang mendarat, pihak berkuasa menaiki pesawat  dan penumpang diusir keluar bersama pasangannya.
Pihak berkuasa China juga telah mengambil tindakan pada pasangan itu.

Mereka dilaporkan telah diperintahkan untuk membayar 50,000 baht Thai (kira-kira RM 5,200) sebagai pampasan kepada krew penerbangan yang cedera. Wanita yang melemparkan cawan air panas dan mee itu turut dikenakan denda tambahan 200 baht Thailand (kira-kira RM 20.30).