Berang Suami Tidak Mampu Bagi Telur Setiap Hari, Wanita Ini Akhirnya Tinggalkan Lelaki Itu

Dalam satu insiden aneh, seorang wanita dilaporkan telah meninggalkan perkahwinan tak ber’telur’nya setelah suami gagal memberinya makan makanan itu pada setiap hari.

Menurut polis, wanita yang tinggal di Campierganj, Uttar Pradesh tersebut bergaduh besar dengan suaminya setelah lelaki itu tidak mengendahkan permintaannya yang mahu memakan telur pada setiap hari. Difahamkan, empat bulan yang lalu, perempuan itu sudah melarikan diri bersama kekasih baru sebelum pulang semula ke pangkuan suami pada Sabtu lalu.

Namun begitu, pergaduhan sekali lagi tercetus setelah suaminya masih lagi gagal menghidangkan telur kepadanya.

Wanita terbabit dilaporkan telah melarikan diri sekali lagi bersama-sama kekasihnya memandangkan lelaki terbabit tiada di rumahnya.

Menurut suami wanita berkenaan, dia bukannya sengaja mahu mengabaikan permintaan isterinya. Tetapi, lelaki tersebut yang hanya bekerja sebagai buruh harian dan tidak mampu membeli telur setiap hari untuk pasangannya.

Tambah lelaki itu lagi, isterinya dipercayai melarikan diri dengan kekasih baru ekoran pemuda itu sering membawa telur kepadanya untuk dimakan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca