Berang Sering Kena Kentut Di Kepala, Lelaki Ini Tetak Pasangan Suami Isteri

Hanya kerana sering dikentut di kepala, seorang lelaki bertindak ganas apabila dia menetak sepasang suami dan isteri di sebuah rumah di Bandes Batu Kasek, Padang, Indonesia.

Kejadian yang berlaku pada Rabu lalu itu telah mengorbankan si suami yang berusia 46 tahun. Manakala isterinya pula yang berumur 41 tahun parah dan masih dirawat di hospital daerah berkenaan.

Insiden berdarah bermotifkan dendam itu difahamkan berlaku susulan tertuduh yang berusia 37 tahun mendakwa si mati sering kentut di kepalanya ketika minum di sebuah warung pada minggu lalu.

Apabila amarahnya memuncak, suspek membawa senjata tajam sebelum menyerang mangsa di rumahnya.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang tidur tidak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang perbuatan suspek yang bagai dirasuk itu. Si isteri pula turut menjadi mangsa selepas wanita itu secara kebetulan masuk ke kamar beradu.

Menurut Ketua Polis Lubuk Begalung Asisten Komisioner Andi Parnigotan Lorena, mangsa menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik tiba di hospital susulan mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.

“Isteri mangsa pula masih menerima rawatan lanjut kerena mengalami kecederaan serius di telinga dan tangannya,” tambahnya.

Difahamkan, suspek sudah ditahan dan telah mengaku melakukan perbuatan kejam terbabit kerana terlalu marah akibat mangsa sering kentut di kepalanya berkali-kali.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan masih berada dalam siasatan. Sekiranya terbukti bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lapan tahun.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah kejam, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca