Berang Kata Laluan Internet Rumahnya Dicuri, Lelaki Ini Bertindak Membunuh Jirannya

Pernahkah anda berada dalam situasi yang memerlukan anda untuk menggunakan internet pada setiap masa? Namun, anda tidak mahu melanggan perkhidmatan tersebut kerana anda lebih selesa menggunakan WiFi milik orang lain?

Perkara ini berlaku kepada seorang lelaki di Pakistan apabila dia ditahan polis kerana membunuh dua orang lelaki yang dipercayai mempunyai talian anak dan bapa yang tinggal berjiran dengannya kerana mendakwa mereka mencuri kata laluan WiFinya.

Suspek yang turut dikenali sebagai Qasim didakwa menghantar ugutan membunuh kepada anak mangsa tersebut. Qasim bertindak menghilangkan diri selepas laporan polis dibuat.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan ke atas tertuduh. Mangsa pernah terima ugutan membunuh daripada Qasim selepas mereka ‘bertikam lidah’ sejak beberapa bulan lalu menurut saudara mangsa.

Mangsa iaitu Farooq merupakan seorang pekerja kilang keluli. Anak lelakinya yang merupakan mangsa lain di tempat kejadian iaitu Haris merupakan seorang pelajar di Universiti Karachi.

Sejurus selepas kejadian tersebut, polis berjaya memberkas suspek di Shah Latif. The Inquirer melaporkan, Qasim membuat pengakuan bahawa dia membunuh jirannya.

Walaupun menggunakan WiFi orang lain tidak salah di sisi undang-undang Pakistan, namun ianya boleh dilihat sebagai sebuah kesalahan daripada segi agama kerana mencuri ialah sebuah perbuatan yang salah.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), mencuri WiFi ialah ‘fatwa moden’ dan boleh dihukum jika didapati bersalah.

IACAD berkata, “Tiada orang dibenarkan untuk menggunakan apa yang dimiliki oleh orang lain tanpa bayaran atau kebenaran. Oleh itu, internat hanya boleh digunakan selepas seseorang itu melanggan perkhidmatan berkenaan.”

Kesimpulannya, jangan menggunakan barangan orang lain tanpa kebenaran mereka. Sekiranya anda tetap mahu menggunakannya, anda perlu meminta kebenaran daripada mereka dahulu.

Artikel Lain Untuk Di Baca