Berang Makanan Tiada Dalam Menu, Lelaki Ini Belasah Teman Wanita Di Sebuah Pub

Seorang lelaki telah bertindak ganas dengan menumbuk muka dan rusuk teman wanitanya. Motif kejadian hanyalah kerana suspek berang makanan yang hendak dipesan sudah tiada di dalam menu.

Alexander White, 27, telah ‘menghadiahkan’ tumbukan bertubi-tubi pada teman wanitanya yang sudah terbaring kesakitan di dalam sebuah pub di Swansea. Menurut saksi, lelaki terbabit juga telah menghina gadis berkenaan dengan memanggilnya ‘Gremlin’.

Setelah selesai, Andrew dikatakan telah memberitahu pasangannya itu supaya mengenakan solekan pada wajah untuk menyembunyikan kecederaan yang dialami mangsa.

Seorang juri mahkamah telah menggelar Andrew sebagai seorang pembuli yang pengecut kerana telah memperlakukan seorang wanita seolah-oleh objek kepunyaannya.

Perbicaraan kes yang berlangsung di Swansea Crown Court telah mendapati bahawa tertuduh dan mangsa sudah memutuskan hubungan mereka pada tahun 2015 setelah lelaki terbabit ditahan polis kerana mendera wanita terbabit secara fizikal.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan dijalinkan semula pada bulan Mac 2019 setelah mangsa diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga tertuduh bahawa lelaki itu sakit kronik.

Beranggapan Andrew sudah berubah, wanita terbabit bersetuju untuk menjalinkan semula hubungan dengan lelaki itu.

Namun begitu, perangai suspek mula kembali seperti dahulu tidak lama kemudian.

Mangsa menceritakan satu kejadian lain yang berlaku pada 16 Ogos lalu di mana dia keluar berlibur bersama rakan-rakannya di sebuah pub di Swiss Valley. Sepanjang mangsa berada di sana, Andrew menelefonnya berkali-kali dan memintanya memberitahu berapa ramai lelaki yang berada di dalam tempat terbabit sebelum meminta mangsa untuk tidak bercakap dengan mereka.

Andrew turut didakwa pernah mengheret mangsa daripada sebuah teksi dan menghumban mangsa ke atas katil. Tertuduh telah menjerit kepada mangsa dan mengugut akan mengambil dadah jenis heroin sekiranya gadis berkenaan meninggalkannya.

Insiden terbabit tidak dilaporkan kepada polis.

Pada 7 September lalu, mangsa sekali lagi teruk dibelasah setelah suspek tidak berpuas hati makanan yang hendak dipesannya tiada dalam menu. Pergaduhan itu kemudiannya berlanjutan sehingga ke rumah mangsa. Tertuduh dikatakan telah ‘naik hantu’ dan bertindak membaling barangan di dalam rumah mangsa selain menuduh mangsa telah memalukannya di pub berkenaan.

Andrew White ditahan polis pada 9 September. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan telah menerima satu perintah larangan daripada pasangannya yang tidak lagi mahu bertemu lelaki terbabit.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca