Berang Lihat Ibu Mandi Bogel, Lelaki Ini Tumbuk Belakang Badan Warga Emas Tersebut

Satu insiden berlaku melibatkan perbuatan kejam seorang anak terhadap ibu kandungnya yang berusia 68 tahun di kediaman mereka, Terengganu.

Lelaki yang dikatakan tidak bekerja sama sekali itu dilaporkan telah menumbuk badan ibunya selepas tidak berpuas hati apabila mengetahui warga emas berkenaan mandi bogel.

Penganggur itu kini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu. Tertuduh yang berusia 42 tahun ini berasal dari Ajil, Hulu Terengganu.

Lelaki terbabit telah pun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Menurut pertuduhan yang dibacakan oleh pihak mahkamah, lelaki berkenaan didakwa menumbuk bahagian belakang badan ibunya.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut menggenggam tangan kiri warga emas tersebut sehingga kesakitan. Insiden ini dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati dan amarah yang menguasai diri pelaku.

Kesalahan itu dilakukan oleh pelaku di sebuah rumah yang terletak di Kampung Menerong, Aijil pada jam 10 malam, 1 November lalu. Jika pelaku disabitkan kesalahan, lelaki berkenaan boleh dipenjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, pelaku tidak membuat sebarang pengakuan sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan tarikh 4 Disember hadapan sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh turut dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakal tertuduh pula tidak diwakili peguam sama sekali.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca