Seorang wanita bertindak menghubungi pihak bomba untuk menangkap seekor ikan keli yang telah menyegat kucing kesayangannya sehingga mati.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi Selasa, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semata-mata untuk mengadu nasib malang yang menimpa kucing peliharannya itu.
Ketika itu, jurucakap JBPM Selangor menenangkan wanita berkenaan dan memberitahu bahawa ia bukanlah kes kecemasan yang memerlukan kepakaran bomba.
“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu?”
“Ketika kejadian hanya wanita itu dan anak lelakinya saja berada di rumah,” katanya.
Memandangkan wanita itu berkeras mahu pihak bomba mengambil tindakan, petugas bilik kawalan segera memaklumkan perkara itu kepada pusat gerakan operasi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik untuk menangkap ikan keli berkenaan.
“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba,” katanya.