Berang Kondom Dicabut Sewaktu Melakukan Hubungan Seks, Wanita Tempatan Ini Tampil Buat Laporan Polis

Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki warga asing yang mencabut kondom sewaktu mengadakan hubungan seks, wanita tempatan ini tampil membuat laporan polis terhadap kenalannya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya menerima laporan wanita tersebut pada Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan yang dibuat, pasangan terbabit melakukan hubungan intim di sebuah pangsapuri dekat Cheras. Wanita tersebut telah meletakkan syarat sebelum mengadakan hubungan seks di mana lelaki warga asing itu perlu menggunakan kondom.

Namun begitu, lelaki berkenaan bertindak mencabut kondom tersebut sewaktu melakukan hubungan seks.

Bimbang dijangkiti virus HIV selain rasa tertipu dengan lelaki itu, wanita berkenaan terus membuat laporan polis dengan harapan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.

Ahmad Dzaffir mengatakan bahawa kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca