Berang Dengan Upah Yang Sedikit, Pembunuh Upahan Ini Bongkarkan Komplot Pembunuhan Kepada Polis

Lima pembunuh upahan dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan cubaan membunuh walaupun mereka tidak melaksanakan pembunuhan tersebut supaya mereka boleh memperoleh keuntungan.

Pada mulanya, seorang ahli perniagaan China iaitu Tan Youhui mengupah salah seorang daripada mereka untuk membunuh pesaingnya iaitu Wei Mou sebanyak 2,000,000 yuan (RM1,184,237).

Namun, pembunuh upahan pertama itu membuat keputusan untuk menyerahkan tugasnya kepada pembunuh upahan yang lain dengan memberikan bayaran separuh upahan kepada pembunuh upahan kedua. Kerja subkontrak ini berterusan sehingga pembunuh upahan kelima.

Sumber: Metro News

Walau bagaimanapun, pembunuh upahan kelima sangat marah kerana jumlah yang ditawarkan oleh kontrak itu sangat sedikit kerana pecahan kerja berkenaan telah menyebabkan upah yang diberikan semakin berkurang.

Menurut laporan Beijing News, pembunuh upahan kelima menyuruh sasaran mereka untuk memalsukan kematiannya.

Selepas Mou dicadangkan untuk memalsukan kematiannya, pihak polis pun berjaya menghidu komplot pembunuhan berkenaan.

Sumber: Metro News

Mahkamah di Nanning, Guangxi akhirnya membuat keputusan untuk menyabitkan Youhui dan lima pembunuh upahan berkenaan atas tuduhan cubaan membunuh selepas perbicaraan yang berlangsung selama tiga tahun.

Kejadian ini bermula daripada tahun 2013 apabila Mou membuat keputusan untuk menyaman pemaju hartanah iaitu Youhui.

Youhui mengupah pembunuh upahan pertama iaitu Xi Guangan untuk membunuh pesaingnya itu kerana dia bimbang dia akan kalah.

Walau bagaimanapun, Guangan menghubungi pembunuh upahan kedua iaitu Mo Tianxiang dengan menawarkan bayaran separuh daripada upahan tersebut.

Tianxiang pula menghubungi pembunuh upahan ketiga iaitu Yang Kangsheng dengan membuat tawaran bayaran pendahuluan sebanyak 270,000 yuan (RM159,865) untuk melaksanakan pembunuhan tersebut.

Sekiranya Kangsheng berjaya membunuh Mou, 500,000 yuan (RM296,047) akan menjadi miliknya.

Sama seperti pembunuh upahan sebelumnya, Kangsheng membuat keputusan untuk membuat tawaran kepada pembunuh upahan keempat iaitu Yang Guangsheng dengan upah yang jauh lebih rendah berbanding sebelumnya.

Subkontrak berkenaan akhirnya sampai kepada pembunuh upahan kelima iaitu Ling Xiansi yang akhirnya membongkarkan komplot pembunuhan tersebut kepada pihak polis.

Youhui yang mengupah pembunuh upahan pertama dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun manakala Guangan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan.

Kangsheng (pembunuh upahan ketiga) dan Guangsheng (pembunuh upahan keempat) dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan tiga bulan.

Pembunuh upahan kedua iaitu Tianxiang dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan pembunuh upahan kelima iaitu Xiansi dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan tujuh bulan.

Walaupun mereka tidak melaksanakan pembunuhan tersebut, mereka menerima balasan buruk untuk perbuatan mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca