Berang Anak Enggan Buat Semakan Duit Bantuan, Lelaki Ini Bertindak Tampar Darah Daging Sendiri

Seorang bapa bertindak menampar dua anaknya selepas berang anak sulungnya tidak mahu membuat semakan sama ada wang bantuan sudah diterima atau belum. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kuala Terengganu.

Perbuatan tersebut telah menyebabkan lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki yang berusia 41 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak sulungnya yang berusia 17 tahun pada jam 1 petang, 3 Mac lalu dan anak bongsunya yang berusia 4 tahun sekitar jam 2 petang, 26 Mac lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Pada masa yang sama, tertuduh turut didakwa memiliki senjata tiruan iaitu selaras senapang angin sepanjang lebih satu meter di dalam kediamannya pada jam 9 malam, 3 Mac lalu. Kesalahan itu menyebabkannya didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Majistret Nordiana Abd Aziz kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan bagi setiap tiga pertuduhan tersebut dan mengarahkan kesemua hukuman dijalankan secara serentak.

Kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa iaitu Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Untuk baca artikel lain berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca