Berakhirnya Drama Bersiri Kepolisan, Gerak Khas Di TV3

Satu-satunya drama bersirikan kepolisan iaitu Gerak Khas kini dikenali sebagai Gerak Khas The Finale, akan menamatkan sirinya sebanyak 28 episod pada kali ini. Drama yang dahulunya di disiarkan RTM kini akan menemui penonton di TV3 pada setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam bermula 4 Disember yang lalu.

“Sesetengah individu mendapati Gerak Khas sudah tidak relevan kerana terlalu lama tetapi, ia tetap diterima dan membuktikan pengaruh drama itu masih kuat dalam kalangan peminat,” kata Yusof Haslam, 66.

Sumber: beautifulnara

Menurut Harian Metro Yusof yang terdahulu muncul menerusi sesi temubual di Google Meet bersama media yang turut disertai pelakon drama bersiri itu, Erra Fazira di Sri Pentas manakala Salina Saibi dan Sheera Iskandar secara dalam talian.

“Saya berasa terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang menonton siri Gerak Khas The Finale. Ini merupakan satu penghargaan dan semangat kepada kami yang terus berjuang,” ujarnya yang terharu apabila tayangan pertama Gerak Khas The Finale telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Sumber: Youtube

Difahamkan ini adalah musim terakhir siri Gerak Khas yang tidak akan disambung lagi walaupun kemungkinan bakal mencatat tontonan yang tinggi dari para penonton. Namun begitu, sekiranya drama bersiri terbaru yang bakal datang tidak akan sama seperti siri Gerak Khas ini.

Yusof menjelaskan bahawa penggambaran untuk siri ini telah dibuat pada Oktober tahun lalu dan 20 episod berjaya disiapkan sehinggalah Mac lalu apabila dunia di landa pandemik membuatkan aktiviti penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

“Cabaran yang dihadapi sepanjang penggambaran adalah kami hanya mampu menyiapkan empat atau lima episod sahaja setiap bulan.”

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca