Bengkel Penulisan Novel Fiksyen Bersama Maria Isabella

Kepada mereka yang ingin mendalami lagi bidang penulisan dan menjadi penulis novel fiksyen seperti Maria Isabella inilah peluang anda untuk mengetahui apa rahsia untuk menjadi penulis yang hebat seperti beliau.

Bengkel penulisan fiksyen bersama penulis best seller Maria Isabella yang telah mencipta fenomena tersendiri dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Bengkel penulisan ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh Lejen Press.

Latar Belakang Maria Isabella Dalam Dunia Penulisan.

Maria Isabella atau nama sebenarnya Ain Mariah Fadzlin merupakan graduan Universiti Teknikal Melaka yang menuntut dalam jurusan Sains Komputer. Berasal dari Kluang, Johor. Beliau mula menulis di Wattpad tentang kisah romantis dan cinta sejak tahun 2011 di dalam Bahasa Inggeris kerana baginya Bahasa Inggeris memberinya lebih kebebasan untuk berkarya. Beliau terpanggil untuk cuba menulis novel Melayu selepas membaca novel Kelabu karya Nadia Khan sekitar 2012 sewaktu masih belajar di universiti.

Beliau mula menulis Uqasha pada Ogos 2015 dan siap sepenuhnya pada November 2015. Pada Mac & April 2016, Uqasha: Nafsu dan Uqasha 2: Rahsia diterbitkan oleh Lejen Press dan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016. Uqasha merupakan fenomena penulisan Malaysia, dengan lebih tujuh juta bacaan di Wattpad. Novel kedua beliau Davika (2017) dan Uqasha versi Inggeris untuk pasaran antarabangsa turut mendapat sambutan baik para peminat beliau, terbaru beliau menghadiahkan peminat setianya dengan novel Uqasha Suci pada 2018.

Gaya penulisan yang segar, catchy dan bersahaja menjadikan Maria Isabella seorang penulis yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Bengkel penulisan fiksyen bersama Maria Isabella akan membuka rahsia penulisannya dan tips-tips yang berkesan kepada penulis baru dan mereka yang mahu menjadikan penulisan sebagai kerjaya; dalam memastikan karya itu cemerlang dan mampu diterima khalayak dengan lebih meluas.

Kelainan bengkel penulisan ini ialah, para peserta berpeluang untuk mengetahui bagaimana untuk memulakan penulisan manuskrip daripada awal sehingga ia menjadi sebuah novel.

Akan diadakan pada 12 Januari 2019, jam 12 tengahari hingga 4 petang. Bertempat di I AM Lejen Shop, No.12-G & 12-1, Jalan SS15/8B, SS15 Subang Jaya, 47500 Selangor.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila WhatsApp 012-9074705. Terhad kepada 15 orang terawal sahaja dan anda juga boleh follow akaun instagram @lejenpress dan @I AM Lejen Shop untuk maklumat lanjut.

Artikel Lain Untuk Di Baca