Bengang Tidak Dibenarkan Makan Dan Minum, Jurugambar Balas Dendam Dengan Padam Gambar Perkahwinan

Seorang jurugambar telah bertindak nekad untuk memadam semua foto pengantin yang juga merupakan rakannya itu kerana tidak dibenarkan untuk makan ketika bertugas di sebuah majlis perkahwinan.

Jurugambar yang tidak mahu dikenali dengan namanya telah berkongsikan kisah yang dialaminya itu di platform Reddit.

Menurutnya, dia telah bersetuju untuk menjadi jurugambar sewaktu majlis perkahwinan sahabatnya itu dengan mengenakan caj bernilai $250, iaitu sebanyak RM1,046 sahaja.

Dia dikehendaki bertugas bermula dari jam 11 pagi hingga majlis berakhir iaitu pada jam 7:30 malam.

Makanan telahpun dihidangkan sekitar jam 5 petang, akan tetapi jurugambar tersebut diberitahu bahawa dia tidak dibenarkan untuk berhenti makan kerana dia sedang mengambil gambar pengantin.

Dia kemudiannya meminta izin kepada pengantin lelaki untuk berehat seketika selama 20 minit untuk makan dan minum.

Bukan itu sahaja, dia bahkan tidak dibenarkan untuk minum air.

Jurugambar tersebut kemudiannya diberi pilihan oleh pengantin sama ada dia tetap menjadi jurugambarnya atau dia boleh pulang tanpa menerima sebarang bayaran.

Dia akhirnya bertindak untuk memadam kesemua gambar-gambar yang telah dirakamnya sebelum pergi meninggalkan majlis tersebut dengan perasaan kecewa terhadap sikap rakannya itu.

Kisah itu telah mendapat perhatian para warganet di Reddit dengan rata-rata yang menyokong tindakannya sambil mengecam sikap biadap pengantin tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca