Bengang Penyakit Isteri Jadi Bahan Jenaka, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Akademi

Aktor ternama antarabangsa iaitu Will Smith telah menampar Chris Rock di Anugerah Akademi (Oscar) ke-94 selepas pelawak itu dipercayai telah membuat jenaka yang melibatkan isterinya iaitu Jada Pinkett yang kini botak berikutan penyakit alopecia yang dialami.

Jenaka yang dilakukan pelawak itu ketika menyampaikan anugerah dokumentari terbaik membuatkan pelakon King Richard berkenaan bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Chris sebelum menampar muka lelaki berkenaan.

Situasi yang dianggap sekadar ‘jenaka’ oleh sesetengah penonton itu menjadi tegang apabila Will memaklumkan kepada Chris dengan nada penuh berang untuk tidak lagi membincangkan soal isterinya.

Sumber: CBC

Chris kemudiannya dilihat tergamam seketika sebelum kembali mendapat rentak untuk meneruskan penyampaian. Insiden yang berlaku itu membuatkan para penonton dan warganet berteka-teki sama ada kejadian tersebut sengaja dilakukan dalam menaikkan rating anugerah tersebut atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Will berjaya merangkul anugerah sebagai pelakon terbaik dan Gambar Terbaik dalam Anugerah Akademi ke-94 menerusi lakonannya sebagai Richard Williams dalam filem King Richard.

Jada Pinkett telah mendedahkan kepada umum bahawa dia mengalami penyakit alopecia pada 2018. Menurut American Academy of Dermatology Association, alopecia areata terjadi apabila sistem imunisasi menyerang folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca