*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: New Straits Times
Bekalan air bersih di Selangor semakin kerap mengalami gangguan sejak kebelakangan ini dan ia boleh dikatakan seperti tidak mempunyai pengakhirannya.
Sudah tentu, perkara ini membuatkan ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh kerana pencemaran sungai yang berlaku sekali lagi dalam masa tidak sampai sebulan ini telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih satu juta akaun pengguna.
Untuk dijadikan cerita, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet mula mengutarakan pandangan mereka berkenaan isu bekalan air penduduk terganggu sampai ada yang memberi cadangan kepada pihak Air Selangor untuk pergi ‘berubat’ dengan ustaz:
What is Air Selangor's reason today? pic.twitter.com/Ggk31IgMdY
— EJ (@ej8312) October 19, 2020
Air Selangor's excuses are in rotation
— ์๋ Sharon (@tmimi8316) October 19, 2020
a. Paip bocor
b. Pencemaran
c. Paip pecah
Two types of queues in Selangor now during CMCO
— ๐๐๐๐ต๐ฎ ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ป (@ayshardzn) October 19, 2020
1. Queue at the supermarket
2. Queue to tadah air
Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..
— Najwa Mutalib (@najwamutalib) October 18, 2020
Haih air selangor ni nak kena bawak jumpa dengan ustaz Adam ni, asyik kena gangguan je. https://t.co/dp3LSQHmA0
— anep ๐ฒ๐พ ๐ (@hanifjamals) October 19, 2020
I rasa @air_selangor kena pergi Darussyifa untuk berubat la sebab asyik kena gangguan je lately.
— Nadia Azlan ๐ฒ๐พ (@NadiaAzlan) October 18, 2020
Air Selangor ni memang ada KPI gangguan bekalan air sebulan at least sekali ke? https://t.co/g1SgGKWsHY
— Senah Debab (@SenahDebab) October 17, 2020
Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa Darul Syifa' kot asyik kena gangguan je.. https://t.co/BC9qqYAh1p
— Lรกnceโท (@AslannAs) October 18, 2020
Memetik laporan Astro Awani, Sungai Gong di Rawang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dipercayai akibat minyak dari lokasi tersebut.
Hal ini demikian kerana Sungai Gong terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian seperti kilang dan kedai. Tidak berhenti di situ, saliran longkang yang menghubungkan kawasan perindustrian ke sungai berkenaan juga aktif dan ia dikesan mempunyai warna kemerah-merahan.

Pencemaran Sungai Selangor ini juga akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan.
Penutupan operasi LRA Sungai Selangor akan menjejaskan beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 19, 2020
Apa-apa pun, orang ramai akan terus bercakap berkenaan perkara ini selagi masalah gangguan bekalan air tidak selesai kerana “mereka sudah terlalu penat.”
Untuk baca artikel-artikel berkaitan gangguan bekalan air di Selangor, anda boleh klik pada pautan di bawah: