Search
Close this search box.

Bengang Dipatuk, Lelaki Ini Balas Dendam Gigit Ular Berbisa Sampai Mati

bengang-dipatuk-lelaki-ini-balas-dendam-gigit-ular-berbisa-sampai-mati
bengang-dipatuk-lelaki-ini-balas-dendam-gigit-ular-berbisa-sampai-mati
Sumber: The Reporter

Dilaporkan seorang lelaki bernama Kishore Badra telah bertindak menggigit seekor ular jenis Krait sehingga mati dalam kejadian baru-baru ini.

Difahamkan perbuatan tersebut disebabkan rasa dendam terhadap ular yang telah mematuknya ketika pulang dari bekerja.

Lelaki yang berumur kira-kira 45 tahun itu berasal dari perkampungan kecil di Odisha menceritakan bahawa beliau telah menangkap ular tersebut. Beliau kemudiannya mengigit ular berbisa itu berulang kali sehingga mati di tempat kejadian.

“Semasa perjalanan pulang, saya merasakan seperti ada sesuatu di kaki saya malam tadi. Saya menghidupkan lampu dan mendapati bahawa seekor ular berbisa Krait,” katanya.

“Untuk membalas dendam, saya mengambil ular tersebut dengan tangan lalu mengigitnya berulang kali sehingga mati,” jelasnya ketika ditemu ramah.

Dia pulang ke kampung halaman setelah kejadian itu dengan membawa ular yang telah digigitnya. Kisah luar biasa itu diceritakan kepada isterinya sambil menunjukkan bangkai ular tersebut.

Ekoran daripada kejadian, beberapa orang kampung turut mendengarkan kisah itu menasihatinya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital yang berdekatan, namun beliau enggan menuruti mereka.

Sebaliknya, beliau mengunjungi seorang pengubat tradisional bagi mendapatkan rawatan.

“Walaupun ular yang digigit merupakan seekor ular Krait yang beracun, tetapi saya tidak merasakan apa-apa kesukaran,” katanya dalam satu temu bual.

“Saya telah mendapatkan rawatan daripada seorang pengubat tradisional dan berjaya disembuhkan.” Memetik laporan portal India Today.

Sehingga akhir laporan ini, dipercayai tidak ada sebarang komplikasi yang dilaporkan oleh Badra.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca