Search
Close this search box.

Bendera Kuning Dinaikkan, Jenazah Ashraf Sinclair Akan Dikebumikan Di San Diego Hills

Berita tentang pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada hari ini pasti mengejutkan ramai pihak terutama sekali dikalangan keluarga dan rakan-rakan terdekatnya.

Menurut portal KapanLagi.com, rumah duka yang merupakan tempat di mana jenazah ditempatkan sebelum upacara pengebumian, sudah pun dinaikkan bendera kuning sebagai tanda berlakunya kematian. Tambahan lagi, bendera kuning juga dipasang di setiap sudut rumah duka yang terletak di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan.

Foto dari Kapanlagi.com/Budy Santoso

Juga kelihatan beberapa pengawal keselamatan berpakaian hitam mengawal ketat rumah duka tersebut.

Foto dari Kapanlagi.com/Budy Santoso

Menurut pengurus Allahyarham, Doddy memberitahu ada kemungkinan jenazah Ashraf akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas Asar, hari ini.

Kemas kini: Menurut maklumat daripada Kompas.com Allahyarham Ashraf Sinclair sah dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca