‘Benda’ Makin Rapat Ke Muka Ketika Pintu Lif Terbuka, Ini 3 Kisah Mistik Di Pusat Beli-Belah Dekat Selangor

Perkongsian pada kali ini adalah mengenai sebuah bangunan beli-belah yang terletak di negeri Selangor.

Untuk makluman, bangunan tujuh tingkat ini pernah menjadi bangunan terbengkalai sejak penulis berusia 10 tahun lagi. Setelah hampir satu dekad, bangunan tersebut dibaiki semula dan dijadikan sebagai tempat beli-belah.

Namun, dalam beberapa bulan yang lalu, tular kisah-kisah misteri yang dialami oleh para pengunjung dan kakitangan pusat itu sendiri. Berikut penulis kongsikan peristiwa yang mampu menaikkan bulu roma anda:

1. Lif berhenti secara tiba-tiba

Seorang kakitangan pawagam yang bekerja di bangunan tersebut berkongsi pengalaman mistiknya sewaktu bekerja di situ. Pada suatu hari, pemuda ini tidak sengaja ditinggalkan oleh rakan sekerjanya pulang ke rumah tanpa pengetahuan dia. Menyedari bahawa sudah tiada seorang pun yang berada di aras tujuh tersebut, dia segera berangkat pulang menuju ke lif berdekatan.

Langkah kakinya dirasakan semakin berat semasa menuju ke lif berkenaan. Dia juga berasa seolah-olah diikuti dari belakang. Ingin dikatakan gema, namun bunyi derapan yang mengekori pemuda itu lain dan kedengaran agak kuat.

Sebaik sahaja masuk ke dalam lif, pemuda ini terus menekan butang ‘G’ iaitu tempat motosikalnya diparking. Namun, lif yang dinaikinya itu berhenti secara tiba-tiba di tingkat tiga. Segera dia menekan butang close, namun pintu lif berkenaan seolah-olah enggan mengikuti arahannya. Malah, ia terus terbuka dan tertutup secara berulang kali.

Pemuda tersebut nekad untuk turun ke aras bawah menggunakan tangga. Malangnya, perjalanan sepanjang menuruni tangga dirasakan semakin panjang. Sekian lama bergerak turun, dia baru menjejaki tangga di aras dua. Tanpa berfikir panjang, dia bergegas menggunakan lif kembali dengan harapan agar kemudahan yang satu itu sudah elok.

Malangnya, lif yang dinaiki itu tidak membawa dia ke aras bawah, sebaliknya kembali ke tingkat tujuh. Di situ, dia mula diperlihatkan oleh sesuatu makhluk ghaib yang semakin lama semakin bergerak rapat ke arah wajahnya. Niat untuk melarikan diri sudah tidak berdaya lagi. Pemuda ini bernasib baik apabila pengawal yang bekerja di bangunan tersebut segera menyelamatkan dia.

2. Tandas di aras 3

Menurut sumber yang juga merupakan kakitangan di bangunan berkenaan, dia menyatakan bahawa dirinya turut diganggu sewaktu menggunakan tandas di tingkat 3. Ketika sedang asyik bekerja, dia merasakan perutnya mulai memulas lalu bertanya kepada rakan sekerjanya berkenaan tandas yang paling bagus dan bersih untuk digunakan.

Sepanjang dia menggunakan tandas tersebut, kedengaran seperti tempat itu sedang digunakan oleh pengunjung yang datang. Seakan-akan tidak pernah sepi kerana dihiasi dengan bunyi-bunyian pintu, derasan air dan ‘flush’ yang cukup jelas meyakinkan bahawa dia tidak keseorangan.

Namun, sebaik sahaja keluar dari tempat tersebut, dia berasa aneh kerana tandas berkenaan sunyi dan bersih seolah-olah tidak digunakan oleh sesiapa pun. Pemuda ini kemudiannya keluar dan kembali ke tempat kerja seperti biasa.

3. Kejadian bunuh diri

Bangunan ini juga pernah dijadikan tempat orang untuk bunuh diri. Walau bagaimanapun, kebanyakan perkara yang melibatkan kes seperti ini sering disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Hal ini penting untuk menjaga nama baik bangunan tersebut.

Sehingga kini bangunan tersebut masih beroperasi. Menyeramkan, bukan? Namun, perlu diingatkan bahawa tiada kekuatan yang paling kuat melainkan Allah SWT. Tujuan kisah mistik ini diceritakan bukanlah untuk menakutkan pembaca semata-mata tetapi sekadar perkongsian agar anda lebih berhati-hati walau di mana jua anda berada.

Kisah mistik di bangunan ini secara tidak langsung mengingatkan penulis tentang sebuah buku yang bertajuk Ketakutan. Novel terbitan Lejen Press ini merupakan karya yang dihasilkan oleh penulis blog Ketakutan. Terdapat lebih daripada 10 jenis himpunan cerita seram disimpan menjadi satu buku.

Antara bab yang seakan-akan mirip dengan kisah mistik di bangunan ini ialah Jipez Kripez. Cerita ini ditulis dan dihasilkan oleh penulis dengan nama pena Nash Azly.

Ia mengisahkan tentang pengalaman seram yang dilalui oleh seorang pemuda sewaktu bertugas di tempat kerjanya. Kejadian yang dialami oleh lelaki ini persis dengan situasi di atas yang melibatkan lif, tandas dan bunyi derapan tapak kaki.

Persoalannya, apakah kesudahan pemuda ini selepas diganggu oleh makhluk tersebut? Adakah dia berjaya mengatasi rasa takutnya demi menyelamatkan dirinya daripada terus diganggu?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terokai lebih daripada 10 kisah seram yang menakutkan!

Novel ini telah menerima 4 bintang daripada pembaca di Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui cerita-cerita seram dalam Ketakutan, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Untuk membaca artikel yang berkaitan kisah-kisah mistik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca