Benci Menjadi Seorang Ibu, Wanita Ini Ingin Anaknya Minum Peluntur

Mahu Anaknya Minum Peluntur

Benci dirinya menjadi seorang ibu, wanita dalam lingkungan 20-an ini mengaku ingin anak lelakinya berusia 3 tahun minum peluntur.

Wanita tersebut membuat pengakuan di Mahkamah Leeds Crown, England, meninggalkan sebuah botol cecair peluntur dengan straw supaya anaknya dapat minum.

Bukan itu sahaja, dia juga mengaku bagaimana dia telah membiarkan tingkap terbuka dengan harapan agar bayinya itu akan memanjat keluar.

Doktor dan pekerja sosial yang memeriksa bayi berkenaan mendapati bahawa bayi itu mempunyai sebanyak 80 lebam di badan dan kepala.

Doktor juga menyatakan bahawa bayi tersebut mempunyai luka di lengan dan kaki serta pendarahan di retinanya.

Pada awalnya, wanita itu cuba untuk menuduh kekasihnya atas kecederaan kepada bayi berkenaan, tertuduh kemudian mengaku atas kesalahanya.

Penderaan terhadap bayi itu diketahui apabila tertuduh membawa anak lelakinya itu ke rumah ibu kekasihnya.

Ibu teman lelakinya kemudian menyoal wanita terbabit mengenai luka-luka itu namun tertuduh berkata bahawa lebam pada anaknya adalah akibat terjatuh.

Ibu kekasihnya kemudian telah menelefon khidmat sosial dan pekerja sosial datang untuk melihat bayi itu pada keesokan harinya.

Alangkah terkejutnya pekerja-pekerja sosial yang melihat kondisi bayi lelaki itu sehingga mereka mengatakan mereka tidak pernah melihat sesuatu sebegini teruk.

Mahkamah diberitahu bahawa bayi itu telah mendapat rawatan kecemasan sebelum diletakkan dibawah perlindungan kanak-kanak.

Wanita itu menerima tuduhan bahawa dia telah mengabaikan anaknya selama empat bulan dan tidak memberi bayinya makan dengan baik.

Tertuduh berkata bahawa dia benci menjadi seorang ibu dan tidak mahu menjadikan anaknya sebagai prioriti utama dalam hidupnya.

Peguam kepada yang tertuduh itu berkata wanita tersebut malu dengan dirinya dan di diagnosis dengan kecelaruan personaliti ‘borderline

Hakim Penelope Belcher telah menjatuhkan hukuman dimana wanita terbabit untuk tidak dipenjarakan tetapi dikehendaki mendapatkan pertolongan dari pihak profesional untuk penyakit mentalnya. 

Hakim tersebut juga memberi amaran kepada tertuduh bahawa jika dia melahirkan anak lagi, bayi tersebut berkemungkin akan diambil darinya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca