Artikel ini adalah sumbangan pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Hang Malaya.

Mempunyai lebih daripada 10,000 orang ahli seluruh Malaysia, Ultras Malaya dilihat sebagai satu kumpulan yang kuat dan konsisten menyokong skuad Harimau Malaya.

Baru-baru ini, undian pusingan satu Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menempatkan Malaysia bersama dengan Kemboja, Macau, Laos, Bhutan Mongolia. Manakala pot 2 menempatkan Bangladesh, Guam, Brunei, Timor-Leste, Pakistan dan Sri Lanka.

Apa yang menarik untuk pusingan pertama ini, dijangkakan perlawanan akan diadakan pada Syawal ke-2 dan Syawal ke-7 iaitu pada 6 dan 11 Jun 2019.

Tetapi bukan itu yang Hang Malaya nak kongsikan pada hari ini, apa yang bakal anda baca adalah realiti yang berlaku hari ini dan hanya pendapat Hang Malaya sahaja. Melalui pengamatan Hang Malaya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia sokongan bola sepak tempatan.

Kenapa ahli Ultras Malaya ramai dan aktif di peringkat negara dan bukan negeri? Umum tahu pergerakan ultras ini terdapat di peringkat negeri juga. Jika dilihat penglibatan ahli mereka di peringkat negeri dan negara, banyak faktor yang mainkan peranan penting kenapa di peringkat negara lebih ramai yang terlibat.

1. Jadual Perlawanan

Mengikuti Ultras Malaya ini lebih mudah berbanding ultras di peringkat negeri. Ini adalah kerana perlawanan tidak ditetapkan setiap minggu. Hanya tunggu “national calling” maka berbondonglah pengikut-pengikut Ultras Malaya keluar.

2. Lebih Popular

Ultras Malaya lebih popular, trendy dan mendapat perhatian ramai. Melalui pengamatan Hang Malaya, perkara ini berlaku kerana liputan media yang lebih meluas ketika perlawanan peringkat kebangsaan diadakan. Bolehlah mereka-mereka ini menghimpit dan menumpang populariti Ultras Malaya yang sedia ada.

Jangan salah anggap pula, untuk menyokong itu adalah hak individu, sepertimana Hang Malaya yang menulis artikel ini, adalah hak individu untuk menyatakan pendapat Hang Malaya. Bagi pendapat Hang Malaya, semenjak Ultras Malaya ini wujud, landskap bola sepak tempatan mula berubah sedikit demi sedikit. Daripada penyokong sehingga kepada pengurusan bola sepak, ia mula berubah demi kebaikan.

Saranan Hang Malaya kepada setiap ahli Ultras Malaya adalah untuk aktif juga di peringkat negeri. Ini dapat membantu perkembangan bola sepak di negeri mereka juga. Seperti ahli Ultras Malaya yang mahu menumpang populariti mereka, penulisan artikel ini juga sedikit sebanyak adalah untuk menumpang populariti mereka juga. Bila tiba perlawanan Malaysia, ramai yang muncul, bila di peringkat negeri/liga? Suam-suam kuku, begitu jugalah dengan Hang Malaya.

Tiada betul atau salah tentang perkara ini, sekadar pendapat Hang Malaya sahaja, berikan komen dan kita kupaskan bersama.

Salam sayang daripada Hang Malaya dengan ucapan majulah sukan untuk negara.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda