Benarkah Suami Akan Tanggung Semua Dosa Isteri Selepas Berkahwin? Ini Penjelasan Mufti

Sering kali terdengar orang kata yang selepas berkahwin, segala dosa isteri akan ditanggung oleh suami. Perkara ini juga kadangkala digunakan sebagai justifikasi oleh kaum Adam apabila bercakap soal wang hantaran.

Sesetengah berpendapat bahawa tiada gunanya memberi wang hantaran tinggi kepada bakal isteri kerana selepas berkahwin, dosa mereka akan ditanggung oleh suami. ‘Pengorbanan’ (menanggung dosa isteri) itu dilihat sudah cukup besar, jadi tiada gunanya untuk membebankan lelaki lagi dengan meminta hantaran tinggi.

Persoalannya, sejauh manakah benar perkara ini? Adakah dosa isteri akan ditanggung oleh suami selepas berkahwin kelak?

Bagi menjawab persoalan itu, kami memetik penjelasan terkini (2019) yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutan bagi menghuraikan segala kekeliruan yang bersarang dalam benak fikiran anda semua.

Jawapan Mufti Wilayah Persekutan

Sebelum menjawab soalan ini, perlu diketahui bahawa lelaki merupakan pemimpin buat kaum Hawa.

Berdasarkan ayat di atas, kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan mengahalang mereka daripada melakukan perkara maksiat.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya isteri terus melakukan maksiat meskipun sudah ditegur berulang kali?

Menurut Mufti Wilayah Persekutan, si suami sama sekali tidak akan menanggung dosa isterinya jika dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Dalam erti kata lain, sekiranya si isteri masih melakukan perkara maksiat setelah ditegur (dinasihati) atau melakukan maksiat di belakang suami (tanpa pengetahuan suami), maka dia tetap berdosa dan suami tidak akan menanggung dosa-dosa tersebut.

Jadi, kenyataan bahawa suami akan menanggung segala dosa isteri adalah tidak benar sama sekali.

Kesimpulannya, setiap insan di muka bumi ini akan menanggung dosanya sendiri di hadapan Allah SWT apabila tiba hari pengadilan. Setiap individu tidak akan membawa atau menanggung dosa orang lain apabila dia telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan kefahaman terhadap persoalan yang bermain di minda anda semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca