Benarkah Panau Berpunca Daripada Basuh Muka Ketika Berpeluh? Ini Adalah Jawapannya

Sering kali kita akan mengimbau kembali bebelan-bebelan mak sewaktu kita kecil. Antaranya jangan membasuh muka atau badan ketika sedang berpeluh, dikhuatiri akan ditumbuhi panau. Perkara ini masih juga menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat tentang adakah benar panau tumbuh kerana tabiat membasuh muka dan badan ketika berpeluh. Jadi, apakah punca sebenar panau yang tumbuh di kulit ini?

Panau berpunca daripada sejenis kulat yang bernama Malassezia. Nama saintifik bagi panau adalah Pytiriasis Versicolor atau Tinea Versicolor. Apa yang unik berkaitan panau adalah sifat versi warnanya iaitu akan menjadi tompok putih pada orang berkulit gelap dan menjadi tompok gelap pada orang yang berkulit cerah.

Panau boleh berlaku di mana-mana bahagian badan seperti bahagian ketiak, dada, belakang badan, kulit kepala dan muka kerana bahagian ini merupakan bahagian badan yang banyak menghasilkan sebum, di mana kulat Malassezia berada dan membiak.

Apakah yang oleh dipraktikkan untuk mencegah panau ini? Berikut adalah antara langkah pencegahan yang boleh mengelakkan panau daripada tumbuh dan mencacatkan kecantikan kulit di muka dan badan.

1. Tidak memakai pakaian yang ketat. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan kulit senang berpeluh dan minyak akan atau sebum berkumpul di lapisan kulit. Penghasilan sebum yang banyak menyebabkan kulat Malassezia membiak dengan banyak dan menyebabkan panau.

2. Memakai pakaian yang diperbuat daripada material cotton. Pakaian yang diperbuat daripada cotton dapat menyerap peluh dan minyak dengan baik serta boleh mengurangkan risiko panau.

3. Tidak terdedah terlalu lama kepada matahari. Kita digalakkan untuk memakai sunscreen jika mahu membuat aktiviti fizikal di dalam cuaca panas.

4. Tidak menggunakan produk yang berminyak jika kulit anda jenis yang membiak. Guna yang normal atau kombinasi sahaja. Jika anda masih menggunakan produk yang berminyak, anda meningkatkan risiko anda untuk dijangkiti panau kerana kulat Malassezia berkumpul di kawasan yang berminyak.

5. Anda digalakkan mandi secara kerap. Selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, badan menjadi kotor terdedah kepada kuman dan juga kulat.

Penulis:

  • Nor Zawani Binti Kamarudin¬†adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan kulit, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca